Monday, 27 February 2012

Love Pavlova ♥


Assalamualaikum semua...



Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak ngapp dessert yang semakin feymes di Malaysia ni.
Sedap tu memang sedap, tapi bagi saya agak manis. Boleh makan satu je. Hehe...
Sesiapa yang gemar marshmallow tu pasti suka akan pavlova ni :) my sibling semua suka, tak cukup satu sorang. Esok buat lagi, InsyAllah :D

Resepinya boleh rujuk sini, step by step lagi.. senang je nak buat. Enak dimakan bersama buah-buah yang masam manis macam strawberry, kiwi etc. Ikut citarasa masing-masing.

Notamulut : gula saya pakai 3/4 cawan je, still rasa 'ter'sangat manis.. whipping cream just pukul je, tak tambah apa2 pon. dihidangkan dengan teh hijau, umphhhh !!

Apa itu pavlova?? 
Boleh usha web ni, siap ada resepi lagi (tapi dalam english pulokk). Tapi saya tak pakai resepi ni tau..

Okayy, nite all ! Selamat mencuba :)

Sunday, 26 February 2012

Buntu dan Baru

Ohh~ buntunya, kusut sampai serabai dah.
Dua jam duduk mengadap komputer edit blog la, cari gambar la, edit gambar la dan bla bla...
Oh, habis masa je. Fesbuk pon tak online, hajat nak 'melepak' baca cerita pon terkubur je. Kerja yang sepatutnya pon terbengkalai je. Hoho...
Dan saya kena belajar balik bab-bab blog-ing ni. Lagi2 chatbox tu. malas betul nak letak dan selalu lupa.

Masa saya dah habis !!!


Taraa!!


Lihatlah 'muka' baru belogku yang agak okayy la tu. Malas dah tacap sana sini, hilang habis content/code yang sedia ada. Huhu
Menyesal pulak gatal tangan nak tukar template :(
Biarlah bertahan dalam seminggu. Header dah malas nak tukar, bukan ada orang sangat pon singgah blog ni kan kan...
Pasal background pulak, bantai je polkadot. Yupp! saya memang suka polka dot, rasa comel pulak. Tapi ni tak matching kot dengan header. Ahh~ biarlah dulu.

Cantik tak? (dah tau ok, so-so je laa enn)

Oklah, nite semua. Annyeong Goodbye Adios :) nak sambung kerja


Lots of love ~L~

Weekend yang kenyang !!

Assalamualaikum semua...

Apa khabar? Moga sihat laa hendaknya. Alhamdulillah saya masih diberi peluang tarik-hembus nafas lagi dan juga boleh hadap komputer menaip. 

Weekend or hari minggu, semua orang pasti suka kan. Saya suka jugak tapi kebelakangan ini sangatlah sibuk jadi sedikit-sebanyak agak tidak menggemari bila Ahad menjelma dan hanya terperap dalam rumah. Haish.. teruknya saya ni. Kena basuh sikit otak-fikiran ni.



Hari Ahad bukan hari untuk melepak/ bermalas-malasan sahaja. Cuba tengok dengan solat 5 waktu, tak pernah kan kita kena berhenti solat kecuali ABC (bagi perempuan laa). Sakit, lenguh atau dimana-mana sahaja kita kena solat kan. 

Eh, masuk bab solat pulak. Dulu saya selalu ternanti-nanti akan datangnya hari Ahad, kerana di kepala sudah merencanakan macam-macam plan, tapi plan sendirilah. Nak ke sana, ke situ, shopping, jalan-jalan. Bila tak dapat mulalah nak merajuk, memberontak, bersedih etc. Otak pikiran dah kena racun dengan omputih gamaknya.

Tapi itu dulu. Sekarang saya dah ajar diri saya agar jangan cepat melatah atau bertindak mengikut hati dan perasaan. 

Cuba pujuk hati sendiri dulu. Banyak je cara kalau kita sendiri yang nak, macam saya, just fikir ---->
' mungkin bukan rezeki saya hari ini.' 
'Allah tak izinkan kot, pasti ada hikmah yang tersembunyi.'
Senang kann. Hanya bersangka baik dengan Yang Maha Esa sebab dia yang izinkan. Kita hanya merancang...Sepatutnya bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi. Dapat bangun pagi, celik mata, hirup udara, rasa enaknya makanan pon dah terbaekk!! Adakah kita patuh segala kemahuanNya. Ya Allah' teruknya saya.


Eh, banyak pulak yang saya bebel, lari dari tajuk yang saya letak kat atas nun. Hehe. Sebenarnya kan dalam minggu ni amat mengenyangkan tau, sebabnya banyak undangan makan-makan (dua je, kira banyak la kann sebab lebih dari satu), satu semalam dan satu lagi hari ni. Memang best bila fikir pasal makan-isi-perut-sampai-kenyang kann.. Alhamdulillah, malam tak payah dah makan. Perut pon dah buncit. Opss!!

Hari ni sebenarnya plan nak ke Summit USJ sebab ada jualan 'Pay Less Books', tapi nak buat macamana sebab hari ni saja kena siapkan tempahan orang (my mom), tengahari pula pergi jemputan itu. 
Tapi tak apa, Alhamdulillah dapat merasa makanan sedap-sedap!! Rasanya dah tambah 2kilo kott untuk weekend ni. Huhuuu~

Maybe next entry pasal diet !!! Oh ya, rara my kazen tu dah mula lancarkan kempen dietnya. Saya je belum mula lagi. Dok tertangguh coz pantang tengok makanan best2. Haha

Biarlah tak dapat memenuhi kehendak saya asalkan family happy, kehendak ibu bapa pon saya tak ambik peduli sangat. Bad girl okayy~

Okayy, saya dah mula merepek-bebel ntah apa. Baik stop sini lah dulu. Nothing special kot dalam entry ni. Apa pun enjoy ur weekend, handsomes & beauties. 

Psst.. enjoy bukan bermaksud melepak atau buang masa sia-sia ye. Buat sesuatu yang sweet dan bermakna. Rest ur mind :)