Assalamualaikum dan selamat malam...
Lama tak membebel kat blog ni..ermm, nak mula dari mana ye. Tengok title dah tahu kann~
Iya, pasal ROKOK!! Saya sangatlah tidak suka orang yang merokok. Kenapa? Nanti saya listkan dibawah ye. Hisap rokok tak macho tau, malah buatkan wanita2 diluar sana tak suka termasuk saya!!! Siapa suka tu tak taulah. Cuba tanya pasangan masing-masing?
Kenapa orang suka hidap rokok? Kenapa dia merokok? Why? Why?
Dulu saya pernah fikir benda ni (masa diawal usia belasan tahun), kenapa ye pakcik tu hisap benda tu, keluar asap pulak tu dan baunya sungguh busuk!! Tak sayang mulut ke? Bau lebih teruk dari sampah kot~ (bagi saya ye) maaf kalau ada yang sentap!
Okay, sebenarnya dalam family saya tiada seorang pun yang hisap rokok! Percaya atau tidak terpulang pada anda. Tapi, itu dulu. Sekarang dah ada seorang (yang saya tau laa), dan dia ni memang rapat dengan saya. Sedih bila ingat tentang dia, moga Allah bukak pintu hati dan matanya luas-luas. Puas sudah ahli keluarga yang lain menasihatinya sampai ketua keluarga kami (the oldest, leader) pon taknak mengaku dia saudara. Ya, Allah.....
Biarlah, kami dah puas menasihatinya, nak buat macamana, dah dia taknak kan. Kami hanya boleh bantu setakat itu sahaja.
Okayy, stop here pasal si dia yang merokok itu. Apakah kebaikan hisap rokok ni? Best ke?
Kalau tanya perokok diluar sana, mungkin diorang akan jawab... 'best jugak' .. 'entahlah, aku hisap suka-suka je'.. oh ya, saya pon pernah tanya dengan dia itu, tapi tiada jawapan!
Mungkin inilah antara senarai kenapa mereka menghisap-menyedut-menghembus rokok itu !
- release tension/ hilangkan stress
- nampak macho
- trend sekarang
Okay, ini je kott yang saya dapat senaraikan. Sesiapa nak tolong bagi jawapan? Silakan....
![]() |
| ehsan encik google :) |
Tengok gambar diatas. Itu baru 'kelebihan' selepas tinggal tabiat merokok tu.
Sebenarnya memang banyak keburukan merokok ye, kawan-kawan. Malah ia dah jatuh HARAM!! Kenapa? Tak percaya? Ambil mudah perkara sebegini?
Tolonglah....kalau anda sayang diri anda, sayang orang tersayang... dan kalau dah haram, kalau ambil juga? Bukankah dah tambah dosa? Fikirkanlah sendiri...
Your life, your choice. Choose well or hell !
Saya boleh je senaraikan kenapa 'saya tak suka perokok/rokok!!'
- Bau yang tak menyenangkan.. euwww, busuk dowhh.
- Membazir duit.. kang hutang sana sini, baik bakar duit je.
- Membahayakan kesihatan.. kalau sorang2 takpe jugak, ni orang lain pon kena tempias.
- Takde adab. ni mungkin sesetangah je laa, pergi rumah orang, fuhhh fuhh. duk hembus sana sini (maap ye pakcik, nyamuk ada kat longkang nun)
-
-
-
Kenapa pulak rokok haram??
Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157 yang bermaksud; “ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.
Terang tang-tang kan.. mana datang baiknya rokok itu? siap highlight tau~
Cuba bagitau sikit...boleh release tension? Sekejap je kott dan mendatangkan mudarat buat diri kan kan... banyak lagi cara lain untuk release tension....
Kepada si 'dia' kat luar sana. Tolonglah... wake up please... dah banyak contoh dan fakta diberikan. Takkan tak terasa nak berhenti. Ya, memang susah kan nak berhenti lagi-lagi benda tu mendatangkan ketagihan. Apapun mintak dengan Allah, doa dan mesti berusaha sendiri. Boleh je kalau nak...
Dah ramai pesakit kanser paru-paru sebab rokok. Dah tak boleh bergerak (strok), makan pon guna tiub?
Takkan bila dapat tau nak mati baru nak berhenti? Baru nak menyesal? Dah bagi contoh pon....
Ada sorang pakcik ni, 50-an, disahkan kena kanser paru2 tahap ketiga. Memang dah parahlah. Doktor pon tak boleh nak buat apa dah. Serta-merta dia boleh berhenti hisap benda tu, boleh pulak. Tapi dah terlambat, sekarang dia dah takde...moga ALLAH mencucuri rahmat keatas rohnya.
Banyak je lagi contoh nak bagi. Duit tu ada ke? Hutang sana sini tak guna jugak. Berapa ringgit habis untuk rokok? Fikirkanlah....
Pstt: bukan lelaki je hisap rokok, perempuan pon ada.. Kakak2 dan adik2 kat luar sana tolonglah.... tinggalkan sebelum ia merebak jauh. Jangan nak ikut sangatlah kawan-kawan tu atau nak 'hilangkan stress' kononnya... (L pernah nampak kay kat KL nun)
Oh ya, cuba bayangkan yang rokok tu macam daging khinzir / arak yang haram tu. Lebih kurang je tau sebab dah sememangnya haram, kita pon kena jijik dengan benda itu !!!
Maaf kalau entry ni buat pembaca sentap. It's just my luahan dari hati dan benci dengan perokok itu (benci dengan sikapnya yang merokok itu sahaja) .



