Saturday, 19 November 2011

Tentang SIHIR / PUKAU / SANTAU

ANGKARA SIHIR DAN KESANNYA

Sihir adalah perbuatan yang berkaitan dengan jin yang menyebabkan perubahan secara mendadak tanpa diketahui sebabnya.

Sihir juga merupakan perantaraan di antara tukang sihir dan syaitan yang mensyaratkan si tukang sihir tersebut agar melakukan perbuatan haram dan syirik di samping menyerahkan segala ketaatan kepadanya demi memperolehi bantuan dan pertolongan yang dihajatkan.

Terdapat pelbagai jenis sihir yang terjadi dalam masyarakat kita, antaranya seperti berikut:


1. SIHIR PEMISAH

Takrif dan pengertiannya:

  • Memutuskan hubungan anak dan ibu.
  • Memutuskan hubungan anak dan ayah.
  • Memutuskan hubungan seseorang dengan saudaranya.
  • Memutuskan hubungan seseorang dengan kawannya.
  • Memutuskan hubungan antara dua rakan kongsi.
  • Memisahkan antara suami dan isterinya.

Tanda-tanda sihir pemisah:

Perubahan secara tiba-tiba dari sayang menjadi benci.
Berlaku keraguan melampau antara suami isteri.
Enggan memohon maaf.
Membesar-besarkan perselisihan yang kecil.
Suami melihat isterinya berwajah hodoh dan sebaliknya.
Benci kepada setiap perbuatan yang dilakukan oleh pasangan.

2. ILMU GUNA-GUNA

Sihir ini juga dikenali sebagai Ilmu Pengasih atau Pemikat.

Tanda-tanda:

  • Asamara cinta yang keterlaluan.
  • Berubah secara spontan dari benci kepada suka.
  • Cenderung melakukan hubungan seksual.
  • Sukar mengawal cinta.
  • Rindu bayang yang berlebihan.
  • Patuh secara membuta tuli tanpa dapat dikawal.
  • Mimpi bersetubuh dengan orang yang menyihirnya.
  • Menjadi tumpuan orang ramai walaupun tidak seberapa (kedai).

Sebab-sebab:


  1. Timbulnya berbagai-bagai perselisihan antara suami isteri.
  2. Mencuba dan ingin tahu.
  3. Perasaan cemburu, cemas jika suaminya akan berkahwin lagi.
  4. Melakukan aniaya terhadap wanita yang pernah menghampanya.
  5. Melariskan peniagaan.
  6. Mendapatkan pengikut.


Kesan-kesannya:

- Adakalanya seorang suami akan menanggung sakit dalam jangka masa yang lama.
- Adakalanya kesan daripada sihir itu tersasar atau tersalah tuju sehingga suami membenci isterinya. Ini akibat daripada sesetegah tukang sihir yang tidak mahir menggunakan sihir tersebut.
- Adakalanya seorang isteri mengenakan sihir beberapa kali supaya suaminya hanya sayang kepadanya sehingga menyebabkan suami membenci ibu, saudara mara perempuan dan semua wanita yang ada hubungan kekeluargaan.

SIHIR YANG DIHALALKAN

Berhias dan mencantikkan diri di hadapan suami. Menjaga supaya suaminya tidak melihat sesuatu yang buruk darinya, tidak mencium bau yang tidak enak, selalu senyum manis, berkata baik, lembut, menjaga harta suami, menjaga anak-anak dengan kasih sayang, mentaatinya selagi tidak menyuruh perkara maksiat kepada Allah.

3. SIHIR MEMPERDAYAKAN PANDANGAN (SILAP MATA)

Tukang sihir membawa sesuatu, kemudian mengucapkan jampi-unsur syiriknya dan azimat-azimat kekufuran lalu meminta bantuan syaitan sehingga orang ramai melihat sesuatu itu tidak sebagaimana hakikat sebenar.

Tanda-tanda Hinopsis:


  • Orang melihat benda yang diam seolah-olah bergerak atau sebaliknya.
  • Melihat yang kecil menjadi besar atau sebaliknya.
  • Seperti melihat tali dan tongkat menjadi ular yang bergerak dan merayap ke arah nabi Musa.
  • Seperti kain / api berubah menjadi burung.


4. SIHIR YANG MEMBUAT GILA

Tanda-anda Sihir Gila:

  • Binggung dan lupa sesuatu.
  • Kacau dalam perbicaraan.
  • Mata kuyu (moyok).
  • Tidak boleh tenang di satu tempat.
  • Tidak boleh tetap melakukan pekerjaan tertentu.
  • Tidak mengambil berat tentang penampilan (selekeh).
  • Sampai kesatu tahap ia tidak sedar dirinya sedang berjalan dan tidur di tempat-tempat sunyi.

5. SIHIR MEMBUAT ORANG TIDAK BERMAYA

Tanda-Tanda:

  • Suka berseorangan / menyendiri.
  • Tidak bercakap / pendiam.
  • Tidak suka berjumpa orang.
  • Fikiran meracau / terganggu.
  • Selalu pening.
  • Selalu lesu dan tidak bermaya.
  • Hilang semangat apabila tiba di tempa kerja.


6. SIHIR MENDENGAR PANGGILAN

Tanda-tandanya:
  • Selalu mengalami mimpi ngeri.
  • Bermimpi mendengar orang memanggil nama.
  • Mendengar suara-suara yang bercakap kepadanya dalam keadaan jaga tidak melihat orangnya.
  • Selalu was-was.
  • Selalu syak wasangka terhadap teman dan orang-orang yang mencintainya.
  • Mimpi seolah-olah jatuh dari tempat tinggi.
  • Mimpi melihat haiwan yang mengejarnya.

Bagaimana Sihir Ini Dilakukan?

Tukang sihir mengirimkan jin yang diberikan tugasnya untuk mengganggu mangsa pada waktu tidur dan jaga, kemudian jin itu menampakkan dalam diri dalam tidur berupa berbagai-bagai haiwan buas yang mengancamnya atau memanggilnya, ketika jaga mangsa mendengar suara seseorang yang dikenalinya atau mangsa mendengar suara-suara aneh.

7. SIHIR MEMBUAT PENYAKIT

Tanda-tandanya:
  • Selalu sakit pada salah satu anggota badan.
  • Saraf tersumbat.
  • Lumpuh salah satu anggota tubuh.
  • Tidak berfungsi salah satu pancaindera.
  • Lumpuh keseluruhan badan.

Bagaimana Berlakunya Sihir ini?

Jin akan ditugaskan menetap di otak, benar-benar di tempat yang dikehendaki tukang sihir seperti di pusat pendengaran, penglihatan dan sebagainya. Ketika itu, aggota tubuh mangsa berada di antara 3 keadaan:

Menghalang isyarat-isyarat / arahan otak sampai kepada anggota tubuh sehingga anggota tubuh tidak berfungsi menyebabkan mangsa menjadi bisu, buta, tuli dan lumpuh.
Membiarkan tubuh berfungsi dan kadangkala menghalangnya daripada berfungsi.
Membiarkan otak memberikan isyarat melampau dan cepat anggota tubuh mangsa menjadi kaku dan tidak bergerak walaupun tidak sampai ketahap lumpuh.

8. SIHIR PENDARAHAN

Sihir ini hanya berlaku kepada wanita. Jin itu diberikan tugas untuk mengeluarkan darah, di mana jin akan berjalan bersama-sama aliran darah. Sabda Rasullullah (s.a.w.): "Syaitan berjalan dalam tubuh manusia melalui peredaran darah".

Pengertian Pendarahan

Dikenali oleh ahli feqah sebagai darah istihadah dan dikalangan doktor biasanya disebut pendarahan. Kemungkinan pendarahan ini berlangsung hingga beberapa bulan tidak kira sedikit atau banyak.

9. SIHIR MENAHAN PERNIKAHAN

Tanda-tandanya:
  • Pening kepala yang berterusan, sekalipun diberikan ubat oleh doktor.
  • Sesak di dada terutamanya selepas asar hingga tengah malam.
  • Melihat pelamar bermuka hodoh.
  • Banyak berfikir (fikiran melayang)
  • Selalu gelisah waktu tidur.
  • Selalu rasa sakit di perut.
  • Rasa sakit di tulang punggung bahagian bawah.

Cara berlakunya Sihir ini

Jin akan ditugaskan melakukan satu di antara dua:

Masuk ke dalam tubuh wanita menyebabkan dia benci kepada setiap calon suami yang melamarnya.
Jin menukarkan wajah lelaki yang ingin melamarnya berwajah buruk.

SIHIR PUKAU

TANDA-TANDA TERKENA SIHIR PUKAU:
  • Melihat sesuatu tidak sebagai sebenarnya seperti melihat benda kecil menjadi besar atau sebaliknya.
  • Melihat wajah yang cantik menjadi buruk atau sebaliknya.
  • Menjadi bingung, tidak boleh bercakap dan menuruti permintaan seseorang walaupun tidak dengan kerelaan hati.
  • Tidak sedar akan diri sendiri walaupun ditanya sesuatu yang berkaitan tentang dirinya
  • Rasa mengantuk yang terlalu luar biasa.
  • Rasa begitu tertekan sehingga fikiran menjadi buntu.
  • Rasa benci terhadap orang yang patut disayangi seperti suami isteri.
  • Rasa kasih yang keterlaluan terhadap seseorang.
  • Berjalan menuju ke suatu tempat dalam keadaan tidak sedar atau ketika tidur.


PUKAU BOLEH BERLAKU MELALUI:

- Hembusan asap rokok.
- Tenungan mata.
- Perbualan.
- Minuman
- Handphone (percakapan dan sms).
- Membuang najis dan membuang pakaian buruk di hadapan rumah.

PUNCA SIHIR:
  • Masalah perniagaan seperti berkedai, berjaja, kontraktor dan sebagainya.
  • Putus pertunangan.
  • Masalah pertunangan yang tidak ditunaikan.
  • Rebutan pangkat kedudukan dalam masyarakat.
  • Rebutan harta pusaka.
  • Irihati dengan jiran-jiran sebelah.
  • Cemburu, jahat sangka dan seumpamanya.
  • Mencuba kehebatan ilmu.
  • Mendapatkan keuntungan duniawi.

"MELINDUNGI DIRI DARIPADA GANGGUAN DAN SIHIR:"
Sentiasa berzikir dengan zikir yang diwariskan oleh naib s.a.w.
Menyebut nama Allah dalam setiap pekerjaan.
Menyebut nama Allah setiap kali masuk ke dalam tempat gelap.
Jangan menyakiti binatang seperti anjing dan kucing.
Jangan tidur bersendirian, jika terpaksa berwuduklah dan membaca doa sebelum tidur.
Jangan membuang air kecil ke mana-mana lubang atau takungan air.
Jangan membunuh ular yang masuk kedalam rumah sesewang-wenangnya.
Jangan mendedahkan aurat kasar didalam rumah dan jangan selalu bersolek dan berhias kerana timbul rasa ghairah jin jantan terhadap wanita itu.
Jangan membuang benda berat tanpa menyebut nama Allah.


Apa-apa pun semua dengan izin-NYA, jadi banyaklah berzikir, solat dan memohon dari Allah yang Maha Esa lagi Maha Kuasa. Semoga kita ambil iktibar dan pengajarannya. Ambil yang jernih, buang yang keruh dan kotor. InsyaAllah.



Buah tangan dari Cameron.

Assalamualaikum dan selamat hari minggu uols !


Alhamdulillah masih mampu bukak blog dan bercerita itu-ini. Hari ni sepatutnya jogging kat Cameron, tapi disebabkan sebab-sebab tertentu, kitorang joging kat taman area ni je. Hehe.

Mom membatalkan lawatan tersebut malam semalam. Baru nak lompat bintang dalam bilik sebab dapat pergi, dah terbantut pulak. Tapi sekurang-kurangnya ada la jugak something dari Cameron yang ayah bawak balik :)

Ada stoberi, jagung dan macam-macam jenis sayur. Dan durian !! Tapi bukan dari Cameron lah, tapi dari Meru. Siyes sedap durian tu, sehingga menjilat jari.

Maaf, gambar buat sementara waktu takde coz camera bro guna. Nak pakai phone cam  tak kena je, sebab tak cantik lorh~~ henpon cikai -.-


Okay, sebab-sebab tak jadi pergi adalah :-
- cuaca yang tak menentu
- nasihat dari orang yang dah pergi, suruh bermalam kat sana
- bimbang dengan drebar yang berdarah muda
- takut jalan nak naik-turun sana
Inilah antara sebab-sebab yang mom batalkan. Apa-apa pun redha, mungkin ada hikmah disebaliknya. Mana tau something will happen kann. InsyaAllah kalau ada rezeki nanti, dapatlah L jejak kaki kat sana.


notajari : saya dah buang playtube kat atas nun. memekak je :) heh


p/s : esok pi swimming, InsyaAllah dan melantak sambil exercise kat Shah Alam :P

Thursday, 17 November 2011

Pizza panjang dan Cinderella

Assalamualaikum...

Entry kali ni pasal makanan lagi. Huhu. Yup, L memang suka makan!! Hari ni saya dan adik-adik buat pizza. Heh, macam best pulak. Ekceli bukan buat betul-betul pon. Setakat sapu sos, tabur bahan dan bakar. Done!!
Tapi pizza kali ni spesel sebab bukan bulat macam bentuk jam tu, tapi panjang longjong.


nampak sedap kann.. memang sedappp!!! mabeles!


Alhamdulillah boleh isi perut. Memang sedap. Dan kitorang rasa nak lagi sebab satu tu kongsi dua orang. Huhu. Dengan menggunakan pita bread yang panjang, beli kat Tesco semalam, kepingan sosej, sos yang dibuat dengan tomato puree, potongan bawang, hirisan cendawan dan keju Mozarella. memang daebakk !!!

Lain kali boleh buat lagi :) beli pita bread je kalau malas nak menguli. Hehe.


-
-
Yang ni pulak pasal Cinderella. 
Semalam officially dah habis Pasta korean drama kat RTM2 dan digantikan dengan Cinderella Sister. Wahh. Memang nak tengok dari dulu citer ni. Dah cuba tengok sikit kat internet dulu, tapi tak paham. So, bolehlah enjoy dekat tv2 pulak :D



Best tengok kat tv2 ni sebab still dengan suara asli, korean bukannya chinese. Apa-apa pun saya nak pi tonton. Daa..



Tuesday, 15 November 2011

Goodluck !!

Assalamualaikum..

Lupa nak wish dekat adik-adik yang ambil SPM tahun ni. Tapi tak terlambat lagi kan...baru je dua hari berlalu. Lakukan yang terbaik dan berserah pada-Nya, insyaAllah !


especially sweet Rara, Jen dan Yana.
Semoga kalian berjaya and no stress okayy !!

-
-
-
-

Ohya, goodluck jugak kepada semua orang dalam menempuhi hidup seharian anda. Smileys :)

Monday, 14 November 2011

Thanks mummy !!


Yeah.. finally, got it !

Thanks mom. Muahhh !
Dari dulu lagi L nak benda alah ni. Tudung dan selendang bukannya banyak sangat tapi nak sebab tatau nak letak mana tudung. Ada hanger ni sure boleh membantu. Yeke?? Will see soon.

Tadi mom dan ayah keluar shopping barang dapur sebab sebelum ni tak sempat lagi selepas balik dari KB. Mana nak sempat, bila ramai jatuh sakit, tak larat nak bangun dan sentiasa sibuk.
Mom kata beli bawah 10hengget je. Wahh.. murah kann..

Rasanya dulu CL cakap dalam 30hengget something. L nak sebab terkenan bila tengok kat bilik CL dan kat bilik KakCah yang tersusun rapi. Ingatkan kat pasar malam/tani boleh dapat murah, rupanya kat sini pun ada yang jauh lagi murah. Boleh la kalau L nak borong dan jual kan kan...Jual dengan rege 12hengget. Macamlah ada yang nak beli enn...


Okay, night all !! Sampai sini je untuk hari ni.. sambung next time kalau masa izinkan.

p/s : macam tak boleh je ikut ayah pi Cameron. Hurmmm....


Weekend sutori dan viruss

Assalamualaikum dan selamat malam alls..

Semalam tak sempat post entry. Mengantuk dan pening kepala. Tak larat nak hadap komputer dan taip-menaip ni. Siyes letih. Weekend yang best even no play-play.

Semalam L dapat tahu ada tugas luar (outstation), so dengan berat hatinya pergilah jugak, kalau duduk kat rumah pun takde apa, melangut je kerja kott. Lagipun mom tak sihat, adik-adik pon ada yang sakit, memang tak kemanalah. Tapi memang best. Bertambah pengetahuan dan pengalaman!

Kitorang, L dan Kak Ada bertolak dalam pukul satu. Kitorang sampai di sana dalam pukul 2.40pm. Sampai sana memang saya tersangatlah kekok sebab 1st time jejak kaki kat situ, lepas tu memang tak kenal dengan tuan rumah. Okay, saya memang pendiam dan susah nak masuk geng.

Dalam pukul 5 petang kitorang selesai, so bertolak balik Subang ye. Hari pon dah gelap. Lepas tu kitorang singgah makan kat restorang ikan bakar. Memang sedap makanan kat situ. Lain kali bolehlah bawak family pulak pi menjamu selera. Tepi pantai pulak tu, nice view even pantai tak boleh mandi. Hehe..

Lepas habis makan, adalah sejam lagi masa nak sampai Subang. Dan saya tumpang kereta Auntie N, sebab rumah kitorang dekat. Bila masuk ke dalam area Subang ni, banyak pokok yang tumbang di tepi-tepi jalan. Erk.. Ribut melanda ke petang tadi ? Yup, memang ribut dan hujan lebat, katanya Man.

Oh, takde gambar pun nak buat kenangan. Huhu

-
-
-

Hari ni kerja je lah kerjanya untuk hari ni. Erk, ayat semacam je. Heh.
Ohya, pasal virus tu ialah virus sakit yang menyerang family L. Saya pun pernah kena dulu, sampai tak boleh bangun. Sakit perut, cirit-birit dan muntah-muntah. Sorang-sorang kena, ikut turn la pulak. Sekarang my lil sis pulak kena.


Ya Allah, bantulah hambaMu yang lemah tak berdaya ini. Andai ini terbaik buat kami, redhakanlah hati kami dengan takdir-Mu ini. Dan tunjukkanlah kami jalan yang benar. Amin...


Moga adik-adikku cepat sihat dan ceria kembali....


____________________________________________