Saturday, 12 November 2011

Tataunakletaktajukapa

Assalamualaikum semua...

Weekends time !! Apa nak buat eh? Kerja lahh !

Okay, siyesly rasa kosong. Boleh hadap komputer tapi rasa cam tak tau nak buat apa. Fesbuk? ermm, nothing spesel kat sana. Blog? Memang banyak benda rasa nak ejas dan membebel tapi jariku sungguh malas menaip. Pulakk.

Nak layan movie tapi belum install/ copy dalam dvd lagi. Thanks to Man sebab sudi download untuk kakak kesayangannya ni. Hehe. Dah ada sorang kakak je enn.

Banyak lagi ni Man senarai movie yang kakak hang ni nak tengok. Hari tu dah dapat tengok Shrek Forever After, latest one. Memang best biarpun dah ketinggalan. Mulalah saya nak suruh dia download semua siri Shrek. Haha.

Ni baru citer tontonan umum, belum lagi tahap aksi, seram, romance, ganas lagi. Kesian Man kena dera dengan kakaknya. Heh. Daripada duk melangut kat rumah sesaje, baik tolong buat something kan kan. Almakulumlah kakaknya yang sorang ni malas nak belajar dan buang masa untuk benda tu. Man sorang je celik IT. Hehe.

Erk.. apsal sutori pasal Man pulak. Eh? Biarlah, dah taip.. malas nak delete. Next week ayah ada event kat Cameron. Tak pernah pun ke tempat tu selama hidup kat Malaysia ni. Hehe. Nak hirup udara nyaman dan nak pakai baju sejuk, nak makan stroberi, joging pagi2 dan banyak lagilah.


I hope i can go there. Tapi tak boleh berharap sangat sebab takut memang tak DAPAT pergi. Menangis bengkak mata le nanti. Dahlah saya ni susah nak berhenti nangis. Huhu. Lagipun ayah pergi dulu, kitorang maybe kena pergi dengan official sweet jumper kitorang, bro. Nanti L citer pasal sweet jumper ni lain kali.

Nak ikutt!! Please!! *kitten face --puss*




Okay, dah penat membebel mengarut ntahape. Saya nak masuk opis balik. Mana tau esok boleh keluar jalan2 ke??

Wednesday, 9 November 2011

Balik kampung dan Eid Adha

Assalamualaikum semua...

Dah lama L tinggalkan blogie ni. Hrmm.. dan jugak saya lupa nak bukak balik bagi tatapan umum. Huhuuu.. Hari tu L privatekan blog sebab masalah teknikal iaitu playtube (lagu)*sesedap rasa je L bagi nama* yang terpampang kat atas dulu tak berfungsi. So, terpaksalah removekan dan jugak problem dengan picas kat blog jugak. Almaklumlah setting baru di blogspot ni .

Ahad lepas, semua umat Islam sambut hari raya qurban. Saya pon tak terkecuali. Tahun ni dapat jugak beraya kat kampung, di saat akhir ye. Kami bertolak dari rumah petang hari Sabtu. Sampai kat KB pukul 2am you, pagi raya tu. Lebih 12 jam di atas jalanraya. Fuhhh.. Dari KL-Bentong la paling teruk jam. Barisan kereta yang panjang dekat tol dan terpaksa berbaris tunggu giliran nak masuk toilet dan nak buat pembayaran kat Petronas di Bentong. Memang ni jam paling teruk kitorang lalui masa nak balik KB. Apapun Alhamdulillah selamat sampai.. pukul 2 pagi yukk. Kesian drebar rasmi kitorang, letih ouhh~

Okay, malas nak membebel panjang pasal raya ni coz bila L mula menaip takkan berhenti dan mulalah merapu ntahape. Biasa-biasa je raya kali ni. Balik pon kejap je, duk melepak rumah grandpa je dan menziarahi sedara-mare yang uzur sambil mengedar kad kahwin :D hehe


Dan part makan mana boleh tinggal, sutori la sikit enn sambil menyang gambar yang tak seberapa enak. Almaklumlah, potograpi cabuk. Ahakss.


nasi kerabu yang mabeles, santapan kami sekeluarga before bertolak balik KL
thanks so muchie to CL for making this !!



ni pulak eskrem 2posen yang bestt !! hanya terdapat di kedai depan rumah grandpa je :)
L tak jumpa lagi kat kedai lain.. balik je rumah grandpa sure nak makan eskrem ni.
balun sampai tiga batang...eskrem coklat my peberet
thanks to Man kerana sanggup korek dalam freezer kat kedai tu, katanyalah, coz dah suruh budak2 kecik gi beli tapi diorang kata takde, Man pulak volunteer nak beli.. dia kata ada, kat bawah nun dalam freezer.


Sutori masa perjalan balik pulak, memang best. Jalan penuh dengan kereta jugak. Masa keluar dari Gua Musang-Mempaga, teruklah jugak barisan kereta yang panjang berderet. Sampai bro boleh potong 60 buah kereta sekaligus. Woww ~ siyes rasa takut dan berdebar-debar sebab takut ada kereta/ lori di laluan bertentangan. Ni rekod masa jalan jam lah. Sebabnya, lori balak yang teramatlah slow kat depan nun.

Rekod masa kereta bergerak laju, lebih kurang dalam 15 buah kereta dia potong. Impressive. Memang sweet jumper lahh. Gila bangga Man coz sebelum tu takde kereta yang potong-memotong ni. Lepas tu mulalah kereta-kereta yang lain turut memotong. Dia kata semua baru berani potong sebab bro mulakan fulu, iyalah, seorang lelaki muda bawak muatan penuh *bas* okay. Hahaha...

Entah macamana ye kalau L bawak kereta. Sure berjam-jam atas jalan sebab ikut giliran. Berbudi bahasa lah katakan... tak berani dowhh!


p/s : tahun depan kot baru boleh jejak KB lagi. huhu