Selamat menyambut Deepavali kepada yang menyambutnya ye. Dari semalam dum dam dum dam bunyi mercun.
Dan hari cuti.. yeayyy.. tapii duduk rumah je laa coz weekend hari tu dah berjalan merata. Malas nak citer pasal weekend, kang panjang pulak membebel takde hala tuju..
Dan Isnin lepas bersketing kat 'gelanggang' ais di Sunway. Kira family outing laa sebab mom & dad join sekali meluncur kecuali bro yang ada kerja. Dah lama dah saya nak main esketing ni, tapi still tak dapat. Since last year. Ohh..cepatnya masa berlalu.
Untunglah datang esketing schoolday ni. Jimat la dalam 5hengget buat bayar parking. Heh
Apa-apa pon, enjoy the day. Biaq sakit kaki pon, jatuh tergolek-golek buat free show, punggung terhentak, yang pasti main sampai lebam. Erk.. memang lebam pon, kat lutut~~
Masuk pukul 9am, keluar pukul1pm. Memang main betul-betul le ni. Ada ke main betul-betul? Bukan main-main? Okayy, dah merepek pulak L ni. Abaikan. Balik rumah bumm.. rehat ye. Dah sakit habis satu badan. Katanya ayah, kita pi 3 bulan sekali, InsyaAllah. Tersenyum lebarlah L jawabnya. Next year.. hoyeahh~~
Dan saya sungguh suka dengan kasut mamat2 yang expert atas ais tu. Hockey ice punya team kot. Best tengok diorang mengelak langgar orang dan pandai kawal serta imbang badan dari terjatuh. Ada seorang mamat/budak kiut je scating. Siap buat shuffle & moonwalk atas ice tu.
Jika saya ada duit, memang beli la sepasang kasut hockey ice ni. Entah kenapa tak berkenan sangat dengan kasut scating. Maybe nampak yang ni lebih stylo dan selesa ?
Eh, kejap. Lepas main, kita lunch dulu. Tak sabar nak makan Mekdi coz dah lama mengidam. Akhirnya dapat jugak, dengan adanya kupon ni, jimatlah jugak duit. Tapi perut rasa sebu pulak, so jamah setakat mampu le..
Dah puas makan QP with cheese ni. Beefy, Cheesy Perfection !! Daebakk !
____________________________
Okayy, next thing that i wanna eat... PIZZA !! Yes, pizza. Kalau dapat pizzahut yang cheesy tu pon alhamdulillah. Tapi kalau boleh nak buat sendiri, homemade....
p/s : thanks all for this outing, memang enjoy dan happy...dan Jae, thanks for McD kupon, tak sempat nak belanja you that day.. InsyaAllah lain kali kayy..

