Assalamualaikum dan selamat malam alls..
Malam ni saya nak share sedikit info pasal obesiti. Sesungguhnya berbadan besar/gemuk dan melebihi tahap biasa boleh memudaratkan kesihatan diri, antaranya- kolesterol, diabetes, darah tinggi dan masalah jantung.
_________________________
RAMAI yang mengadu bahawa mereka tidak berjaya mendapat berat badan yang mereka idam-idamkan. Ada yang nak sangat kurus, tapi tak boleh-boleh, badan tetap berisi, berat tetap tak mahu turun-turun.
Ada tu terbalik pula. Beratnya sedikit sangat. Tak habis-habis mencari formula untuk menambah berat badan. Pulak!
Jadi pembaca semua, hari ini saya akan kongsikan petua-petua hebat daripada National Heart Lung and Blood Institute tentang 10 sebab mengapa badan boleh gemuk. Kenapa berat tak boleh-boleh nak turun.
1. Tenaga yang tidak seimbang di dalam badan.
Untuk memastikan bahawa berat anda berada pada BMI atau berat normal yang ideal, anda perlu memastikan bahawa nilai tenaga yang ada di dalam tubuh anda berada pada kadar yang normal dan seimbang.
Seimbang ini bermakna nilai kalori dan tenaga yang anda perolehi mestilah berada pada kadar yang sama dengan jumlah tenaga yang anda keluarkan.
Tenaga atau kalori akan diperoleh melalui pemakanan manakala ianya akan dikeluarkan melalui aktiviti-aktiviti, senaman dan sebagainya.
Justeru, pastikan bahawa anda sentiasa menyeimbangkan nilai kalori dan tenaga yang ada di dalam tubuh anda.
Banyakkan aktiviti riadah, kurangkanlah pengambilan kalori.
2. Gaya Hidup yang kurang aktif.
Ini ramai yang buat. Ramai di kalangan kita yang sering mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat. Ringkasnya, gaya hidup yang tak aktif.
Mengikut kajian, dengan menonton televisyen atau berada di hadapan komputer selama dua jam sehari secara berterusan, boleh dikaitkan dengan risiko penambahan berat badan!
Betul, kita tak boleh nak elakkan hal ni. Dah aku kerja memang menghadap komputer, nak buat macamana? Ya, sebab itu saya katakan, gaya hidup ini juga memainkan peranan yang cukup besar sekali dalam menentukan berat badan anda.
Kalau kita lihat juga dengan pembangunan ekonomi negara kita dan dunialah secara amnya, kita memang tak boleh nak menyangkal bahawa dunia semakin mengorak ke depan dan maju. Gaya hidup pun dah semakin jauh berubah.
Kalau dulu atuk-atuk dan nenek-nenek kita mampu berjalan beratus-ratus meter untuk ke kebun, kita hari ni macam mana? Ke kedai nak beli surat khabar pun naik kereta. Itulah dunia.
3. Genetik dan faktor keluarga.
Yang ini semua tak boleh nak elak. Dah emak awak badan besar, dah bapa awak gemuk, nak buat macam mana? Kena terimalah. Redha sajalah apa yang ada (dengan berusaha).
Ya, kebarangkalian untuk anda menjadi gemuk adalah jauh lebih tinggi jika kedua ibu bapa anda turut gemuk.
Hasil kajian mendapati genetik juga mempengaruhi kadar pembetukan lemak di dalam tubuh anda. Ia juga mempengaruhi di mana dan bagaimana lemak-lemak itu bakal terkumpul di dalam anggota tubuh. Semua ini bergantung pada faktor keluarga dan genetik.
4. Faktor kesihatan.
Beberapa jenis penyakit juga dikaitkan dengan faktor kegemukan. Antaranya ialah hypothyroidism (kekurangan hormon tiroid di dalam tubuh), cushing syndrome dan polycstic ovarian syndrome.
Kekurangan hormon tiroid di dalam tubuh akan merendahkan kadar metabolisme di dalam badan. Ini akan mengurangkan lagi nilai-nilai tenaga yang akan dikeluarkan, dan secara langsung akan meningkatkan berat badan anda.
5. Ubat-ubatan.
Ubat yang anda gunakan juga boleh mempengaruhi akan berat badan seperti antidepresi, corticosteroid dan sebagainya. Sesetengah ubat yang diambil boleh merendahkan kadar pembakaran kalori di dalam tubuh kita.
Ada juga yang secara tidak langsung mampu meningkatkan selera makan dan meningkatkan pengumpulan jumlah air di dalam tubuh.
6. Faktor emosi.
Emosi juga memainkan peranan. Bila emosi kita terganggu, biasanya keseluruhan hidup kita juga akan terganggu, ya kan?
Bila anda tertekan, marah, stress, boring dan sebagainya, ini secara langsung akan mempengaruhi kadar pemakanan anda.
Ramai orang yang sedang berada di dalam keadaan ini akan mengambil lebih makanan untuk cuba meredakan tekanan hidup, untuk menghilangkan stres mereka ketika itu.
7. Merokok.
Ya, yang nombor tujuh ni saya rasa sesuai untuk semua yang merokok. Boleh juga dikatakan berita gembira buat mereka semua.
Bukannya apa, sebab mengikut kajian, merokok ini dapat mengurangkan berat badan seseorang. Ini kerana nikotin yang terkandung di dalam rokok itu dapat meningkatkan lagi kadar pembakaran kalori di dalam tubuh.
Ha, sebab itulah kita selalu lihat ramai kawan-kawan kita yang berhenti merokok ni banyak selera makan. Sebab apa, ya? Ini kerana apabila mereka berhenti merokok, badan mereka akan membakar kalori dengan kadar yang lebih rendah, lebih lambat berbanding sebelumnya. Lemak-lemak pun lebih lambat untuk dibakar.
Kalau dulunya masa merokok, ada nikotin untuk meningkatkan pembakaran kalori, sekarang dah tak ada. Kalau dulu nikotin boleh tolong untuk jadi kurus, sekarang dah tak ada.
Jadi, sebab itulah mereka lebih gemuk selepas berhenti merokok, kerana mereka membakar nilai kalori lebih rendah setelah berhenti merokok.
Walau bagaimanapun bang, kak, dik, merokok merupakan salah satu tabiat yang amat berbahaya di dalam kesihatan dan kehidupan kita. Berhentilah merokok, kerana merokok itu lebih berbahaya jika dibandingkan dengan risiko penambahan berat badan,
Dengan merokok, anda akan meningkatkan kebarangkalian yang lebih berganda-ganda untuk mendapat pelbagai jenis penyakit dan kanser. Sebut apa sahaja kanser dan penyakit di dunia, hampir keseluruhan risikonya ada kaitan dengan merokok. Maka berhentilah merokok, memang tak mendatangkan apa-apa kebaikan kepada diri dan sekeliling.
8. Umur
Bila anda semakin berusia, anda akan mula kehilangan nilai dan kuantiti otot-otot anda, lebih-lebih lagi bagi mereka yang kurang aktif. Kekurangan otot-otot secara tidak langsung akan merendahkan kadar pembakaran kalori di dalam tubuh dan seterusnya meningkatkan lagi risiko penambahan berat badan.
Justeru, jika anda gagal untuk menurunkan nilai kalori yang ada di dalam tubuh anda, anda adalah lebih berisiko untuk mendapat kegemukan.
9. Mengandung (Hamil).
Mengandung juga mempengaruhi kadar kegemukan anda. Ketika wanita hamil, mereka memerlukan lebih tenaga dan kalori untuk turut sama diperolehi anak mereka di dalam kandungan.
Ramai wanita-wanita yang mengadu bahawa mereka sukar untuk mengembalikan berat badan mereka yang ideal selepas melahirkan anak.
10. Kurang tidur.
Ya, kurang tidur pun masalah. Banyak tidur masalah, kurang tidur pun ada masalah? Betul, apabila anda kurang tidur, anda turut mengalami risiko pertambahan berat badan.
Hormon yang dikeluarkan oleh tubuh semasa anda tidur akan mengawal kadar selera makan anda, juga akan mengawal kadar penggunaan tenaga yang ada di dalam tubuh anda.
Contohnya, hormon insulin akan mengawal kandungan gula di dalam tubuh anda ketika anda tidur. Justeru, apabila anda kurang mendapat tidur, jangan terkejut jika nilai kandungan tenaga dan gula yang ada di dalam tubuh anda berada hampir sama dengan penghidap penyakit diabetes.
Lagi? Ya, apabila anda mendapat kurang tidur secara berterusan, anda juga akan memiliki sejenis hormon yang tinggi di dalam badan yang dipanggil sebagai ghrelin. Hormon ghrelin ini merupakan hormon yang bertanggungjawab untuk meningkatkan kadar selera makan anda.
Pada masa yang sama, apabila kurang tidur, anda juga akan memiliki kandungan hormon leptin yang rendah di dalam tubuh. Hormon leptin ini bertanggungjawab untuk menahan selera makan anda.
JADI, sekarang semuanya ada pada diri anda. Anda yang berhak untuk menentukan berat anda. Kalau mahu terus dengan berat anda sekarang, maka kekalkanlah.
Bagi yang mahu berubah, maka berubahlah. Setiap daripada kita punya impian, ada harapan dan cita masing-masing. Moga semuanya akan tercapai.
Salam kesihatan!
credit to LangBuana (FB)
____________________________
Bagi saya, semuanya harus sederhana dalam hidup. Artikel ini jugak untuk diri saya yang boleh dikategorikan obes tahap satu. Dan memang banyak masalah kesihatan dan menjadi agak pemalas. Mungkin no 1, 2, 4, 6 dan 10 antara faktor yang mengaitkan dengan diri saya.
Family semua sedang-sedang je, saya seorang yang agak chubby. Entah kenapa berat badan cepat naik, mungkin metabolisme rate dan antibody yang low kott. Yang part exercise tu memang 90% betul. Hehe.. memang jarang L nak bersenam, dalam rumah bolehlah...
Sharing is caring :))
Friday, 14 October 2011
Putus di Twitter ?!
Assalamualaikum dan selamat malam semua..
Malam ni L nak share lagu. Tengok title kat atas, itulah tajuk lagu dari seorang penyanyi yang sedap jugak suaranya, Encik Mimpi. Saya dapat tahu lagu ni dari FB, teman-teman fesbuk yang rajin share. Bestt~~

Katanya :'Ini adalah lagu kesinambungan untuk lagu Cinta Muka Buku dari Najwa Latif. Setelah bosan dengan Muka Buku (Facebook), pasangan kekasih dlm lagu tersebut telah beralih ke Twitter dan akhirnya ...?? dengarkan saja.
So, layannnn
Suara lunak merdu. Sesapa nak follow encik mimpi ni boleh le ke blogie dan fesbuknya :)
Oh.. rupanya encik mimpi ni dah feymes, saya je yang tak tau. Almaklumlah saya memang slow sikit dalam dunia webs ni. Ngengsss!!
Thanks to cik Isha Idiaz, teman fesbuk yang menge-post video yang coolio ni. Dia ni seorang freelance writer dan jugak ada tulis lagu yang dinyanyikan EM ni...
Okthanksbye ^^
Sunday, 9 October 2011
Pilihan *boleh ke memilih?*
Selamat malam allz..
Malam ni perut terasa sebu pulak. Alahai, hilang habis idam-mengidam tu semua. Lagipun bukannya boleh capai.
Okayy, entry kali ni L nak share pasal pilihan. Pilihan apa? Pilihan idaman hati.
Siyesly, L memang seorang yang memilih tapi tak cerewet okayy. Kalau pergi shopping tak sah kalau tak habiskan masa sekurang-kurangnya sejam. Iyalah, nak memilih, menimbal, berfikir-patut-ke-tak-beli. Memang sifat perempuan begitukah? Kalau shopping barang dapur yang disenaraikan tak adalah sampai berjam-jam kat pasaraya. Tapi bila masuk part memilih kasut, pakaian dan ladies accesories je yang den lemah semangat. Alih-alih satu hape pon tak beli. Orang yang teman pun frust tertonggeng dan bengang. Heh!
Eh, entry kali ni bukan pasal shopping, pilih baju or fesyen tapi pasal pilihan hati atau lebih tepat idaman hati.
Ini entry pasal hati dan perasaan. Semua orang ada lelaki/perempuan idaman masing-masing kan, kalau tiada orang yang di'secret admire'kan pon, sure ada ciri-ciri pilihan idaman hati kannn...
Ciri-ciri lelaki pilihan hati :)
-sederhana dalam segala-galanya *taknak kaya sangat, ada la parsi yang menggesel nanti*
-tidak kacak tapi sejuk mata memandang *taknak lah hensem sangat, takut ada yang kebas*
-pandai ambil hati, tidak terlalu serius *boleh bergurau*
-layan adik-beradik perempuannya dengan baik
-pandai mengaji, boleh jadi imam *ilmu penuh di dada, dapat bimbing saya nanti*
-baik hati, dapat tahan sabar
-tahun naga+arnab *sebab orang tahun naga tiptop, arnab pulak sabar & dapat tahan* (tambahan)
Ini hanya ciri-ciri pilihan hati. Yang penting, dapat menerima diri ini seadanya. Jodoh pertemuan Allah yang tentukan. Rasanya lebih kurang je ciri-ciri lelaki idaman setiap wanita kann. Ke ada yang nak kahwin dengan bad boys?? Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Saling melengkapi pasangan masing-masing. Ceh, ayat macam orang berpengalaman pulakk~
Pstt.. saya kurang baik, so... so so je la
Kalau L sebagai lelaki pula, apakah ciri-ciri wanita idaman hati??
-jaga aurat, taat ibu bapa, pandai layan anak-anak kecil, tidak bekerja, mendengar kata.. lebih kurang macam my mom laa..
Tapi itu semua hanya idaman hati, ada ke lelaki/ perempuan macam tu lagi? Ada je sayang oii~
Tapi semua yang saya nyatakan hanya idaman/pilihan. Bolehkah saya memilih? Heh.. saya tak dapat menjawabnya. Erk, apsal rasa serius pulak masuk dalam hal ni eh??
Note : Saya muda lagi ye !!

9.10.11
Assalamualaikum dan selamat hari minggu semua.
Cantik kan tarikh hari ni, secantik cuaca hari ini. Cerah je di luar sana, awan pun cantik berarak. Mesti ramai memilih tarikh hari ini sebagai hari paling bermakna, tak kisahlah hari nikah ke walimatul uerus ke. Apapun selamat berbahagia. Kepada yang dilahirkan pada tarikh 9 Oktober, selamat menyambut ulangtahun kelahiran anda.
Hari ni, L stay kat rumah je *buat masa sekarang la*, tadi pergi ziarah orang sakit. Tak ada keluar atau lepak di mana-mana. My mood gone and my bajet outt~
Tadi mom pun ada sebut pasal tarikh hari ni, dan dia bertanya "ada sesapa kahwin ke hari ni?"
Saya jawab, "Sure ada, tarikh cantik ni."
Dalam family rasanya takde yang ada buat majlis hari ni.Hemmm..
Then saya saje bergurau, "L kahwin hari ni"
Mom diam, dan tiada suara yang lain kedengaran. Tapi, "malam ni bolehh je L, aku nikahkah kau dengan......."
Erk, terdiam terus L. Boleh pulak mom bergurau berseloroh mengusik ni.. Hehe..
Ke mom memang tak sabar tengok L kahwin?? Oh no !! Takmungkinlah kan sebab hari tu dia dah cakap yang dia tak sanggup lagi lepaskan anaknya. Hrmm, mood berubah-ubah. L pon tak boleh nak kata apa.
Pasal kahwin-nikah ni malas nak fikir lagi. I'm still young *tapi bila jawab macam ni kan, ada la yang menyelit, "takkan tua baru nak kahwin??"
Haha..no komen. Kalau ada jodoh dan rezeki kuterima seadanya. Janji follow the flow. Saya nak berjaya dalam hidup dulu espeacially dalam kehidupan seharian, berjaya dalam bidang yang diceburi, businesslady yang rajin dan tiptop. Study balik segala-gala yang perlu dipelajari dan serap dalam kehidupan. Tak layak lagipon masuk bab tu. Tugas sebagai seorang anak pun lintang-pukang lagi, macamana nak jaga anak teruna orang??? Dah, stop the subject, melalut tak tentu pasai...just sharing okayy.
Tangan disilangkan, mata disepetkan. Stop thinkingg !!
Banyak lagi tarikh yang cantik akan datang -->
11.11.11.
20.11.2011.
13.12.11
hwaiting :) manalah tau kan ada orang masuk meminang..sungguh tak boleh blahh ~~
Tapi bulan December ni dah ada majlis besar dalam family. Dan mom nak sponsor kek kahwin *tak tau jadi ke tak*, so chaiyokk L. Pejam celik cepatnya masa berlalu :) dah semakin chubby pulak diriku ini. Heee~
Okayy, saya sendiri tak tau untuk apa entry ni. Tapi gatal jugak nak bukak blog then post~
Note : saya teringin nak makan McD dan tutti frutti, paling kurang pon pisang goreng panass.. Woww ! Mabeles~~

Subscribe to:
Posts (Atom)