Friday, 7 October 2011

Boring ?? k-pop

Hai all..

Tengok title pon tahu kann. Siyesly L boring sekarang even dah boleh hadap komputer ni. Nak baca e-novel pun takde mood, kalau mood takde, citer yang best pon jadi biasa-biasa aje. Susah nak seru encik rajin datang, so, L bukak youtube cari video yang menarik. Hrmmmm..
Okayy, banyak betul kpop kat top favourited today punya. Apa lagi, bukak dan pauselah~
Semuanya video kpop. Heee~ Lama betul L tak layan kpop ni. So, mari kita menjelajah ke dunia tersebut.

Ni list video yang L bukak. Saya malas nak post video kat sini, bagi link je la ye~
MBLAQ -- ni lagu lama diorang, dah semakin hensem pulak.
2PM -- ni pun lagu lama jugak, masa diorang debut rasanya.
Beast -- ni lagu terbaru diorang rasanya. Yang ni L suka rappers diorang, terbaikk!
SHINee -- grup ni semua muda-muda lagi. Yang paling muda pun baya L je. Lagu tahun lepas rasanya :)
DBSK -- grup ni tinggal dua orang je, Max & U-know. Lagu terbaru jugakla..

okayy, ni semua boy grup yang L senaraikan. Diorang ada dream concert kat seoul nun. Rasanya kat M'sia ni ada buat sekali tapi saya tak tahu :( almaklumlah, lama tak layan benda alah ni. Tak update langsung !
Malas weih nak letak banyak-banyak. Yang gurl grup cari sendiri kat youtube, banyak je senarai kat recent video tepi tu. Noona yang L suka, IU -- comel kan minah ni :D baya L jugak dia ni dan artis yang banyak masuk earning melalui advertisement. Wowww!
Apa-apa pun layazz je lah..
Saya pun takleh layan sangat, sebab ada budak nak ambik alih komp ni. Haihh~ bilalah boleh dapat lappy sendiri eh??

Goodnite allz, esok start weekend. Yeahhh! Banyak tempat yang bermain dikepala. Bookfair !!!
L-note : nantikan D.i.y seterusnya. Malas nak edit potoss yang berlambak kat dalam dokumen. Hehe.. Malas lagii~

Mandi Wajib

Assalamualaikum dan jumu'ah mubaraka...

Dah dua hari tak masuk entry baru, penyakit M dah mula menyerang. Semalam saya begitu sibuk 'membaiki blog' ni. Alhamdulillah ada la sikit perubahannya, tapi still tak puas hati bila tengok macampanjang pulak blog inner background. Entah kenapa jadi macam tu.. hrmmm.

Tapi hari ni bukannya nak share or sutori pasal blog ni, tapi pasal mandi wajib/hadas besar ni.
Hari ni saya nak share sedikit bingkisan yang saya kopi & pasta dari FB. Semoga bingkisan ini dapat memberi manfaat buat semua.


Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah… 
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut,tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanah air kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.Untuk melakukan mandi wajib yang betul,seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya,ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah,Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),Ustaz Haji Mat Jais Kamos, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah,didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.
“Akibatnya,mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.Apabila mandi wajib tidak sah,ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul.” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.
Mandi wajib yang juga disebut sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam.Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara:

Pertama : Niat.
Kedua : Menghilangkan najis pada badan.
Ketiga : Meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”
Niat itu didalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.Bagi perempuan yang habis haid,niat mandi wajib ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas,niat mandi wajibnya ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah.Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya.Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan,niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke 2,iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan,menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan,najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib.Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.
Sementara rukun mandi wajib yang ke 3,iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir,meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan,sama ada bulu2 yang jarang atau lebat.Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul,sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka.Bulu2 dalam lubang hidung pula,tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin.Tetapi sekiranya,bulu2 di dalam hidung itu bernajis,ia wajiblah dibasuh.
Mengenai kuku pula,jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku,kotoran itu wajiblah dibuang.Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai,inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai,mandi wajib seseorang itu tidak sah.Oleh itu,seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai,jika dia hendak mandi wajib,dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu.Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana? Inilah yang rumitnya,sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.
Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai.Inai sebenarnya akan meresap ke rambut,tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini,jangan pula ada yang salah faham.Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis,bukanlah bermaksud menjadi tidak sah.Dalam hal ini,sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza.Jadi,mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.Dalam hal ini juga,sukalah saya menyatakan,huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib.Jadi,ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula,Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani,keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja,iaitu keluar darah haid,nifas dan melahirkan anak(wiladah).

Mandi wajib boleh dilakukan dimana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga,air paip,sungai laut dan tasik.Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula,mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh,tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.
Selepas bersetubuh pula,jika ia dilakukan pada waktu malam,jika tidak mahu mandi wajib lagi, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat,manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Rasulullah S.A.W Bersabda : " Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat, Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafaat kepada manusia lain." [Hadith Riwayat Muslim].

‎*Sesiapa yg nak share silakan. Tak perlu mintak izin dah sebab mmg sy nak share dgn semua Sahabat pun.


okthanksbye~~

Wednesday, 5 October 2011

Wordless Wednesday # Dinner today :)

siyes sedap hingga menjilat jari :)
sorry, picas tak menarik langsung.
mood : lapar okayy
okthanksbye

Tuesday, 4 October 2011

D.I.Y ~ waffle :)

Assalamualaikum uolls..

Hari ni, L busy sedikit. Almaklumlah semalam tido pukul 2 pagi. Hehe..
Semalam L jadi stalker kejap, jalan-jalan cuci mata kat blogers. Mula-mula nak tidur awal dan memang dah krohhh atas kerusi kat tingkat bawah ni, gara-gara tunggu kerja sikit lagi. Then mom tinggal komputer terbukak sebab scan virus. Apalagi, terus terbukak mata saya dan hadap blog. Sibuk mengedit background dan buat header. Rasa macam kureng sikit dengan picas for background tu.. Hrmmm.. nanti-nantilah edit balik, sibuk sekarang ni.

Oklah, malas nak sutori panjang pasal malam or kerja hari ni. Tapi L nak share satu resepi yang senang, mudah dan mabeles ni. Waffle yang menjadi kegemaran saya sendiri. Baru je buat petang tadi dan my family pon suka. Makan dengan eskrem, yummylicious!!
Mudah je buatnya, so, InsyaAllah L akan selalu buat. Syokkk !!

Sesape yang ada 'mesin' ni silalah try resepi ni, tu pun kalau hingin laa~
Teruja oh buat waffle ni sampai bantai 3 adunan sekali gus yawww !

WAFFLE
Resepi Asal: FP Hajar (Butter Pancake)
Diubahsuai : Ummi @ Home Sweet Home
Thanks coz sudi share resepi ye :)

Bahan:-
3 sudu besar butter-dicairkan
1 biji telur
1 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula
1 cawan susu segar
1 sudu besar jus lemon - kalau tak letak pun takpe
secubit garam

Cara Membuat:- (L dah ejas sendiri)
Campurkan semua bahan, guna blender...blend sebati ( L putar telur dulu then campak semua bahan, pukul sampai sebati pakai mixer)
Rehatkan adunan selama 10 minit**
Tuangkan adunan dalam waffle maker yang telah panas.
Balikkan adunan bila nampak permukaan dibawah sudah kekuningan. (depends pembakar waffle masing2 ye)
Biarkan seketika, bolehlah diangkat.
Sapu dengan mentega atau apa2 inti mengikut citarasa anda. (L makan macam tu je, cuma letak eskrem kat atas.

Selamat mencuba :)

Sunday, 2 October 2011

Todays outing--Takoyaki ^^

Assalamualaikum dan happy sunday~~

Alhamdulillah hari ni dapat keluar, rasanya dah lama tak keluar rileks dan lepak ni. Hari ni kami sekeluarga keluar 'dating' kat One Utama. Serius best, mula-mula rasa macam boring je, sebabnya saya nak cari novel kalau boleh. Tapi apakan daya, mom dad nak ke Jusco OU, so sebagai seorang anak, mestilah patuh dan ikut kann. Tapi berbaloi~

Sebabkan ni first time kami ke Jusco Ou ni, rasa tak pernah pun jejaki ke sana selama tinggal kat Selangor ni. Mula jejak kaki atas lantai tu, rasa awkward jugakla, sebab baru kot~ dan berpusu-pusu manusia sibuk membeli-belah. Maybe sebab ada discount on Jcard, day apa entah, sekejap je teempohnya. All items cut 15% for members Jcard. Siapa tak seronok enn kalau dapat diskaun sebegitu. L berjalan dan berjalan tanpa tujuan. Entah. Tak au nak cari apa.
Then nampak Popular, apa lagi, terus bagitau mom nak ke sana. Popular pon ada diskaun jugak, tapi several item je laa~ also for Popular card member, lagi banyak la potongannya. Hrmm, rasa tawar hati pulak nak beli novel ni, sebenarnya duit tu lagi penting nak beli benda lain. Hehe..

Dah puas mengambil-membelek-membaca blurb novel, L pun masuk balik ke Jusco dan terus ke tempat laptop, saja mengusha. Nampak Man duk syok tengok movie apa entah, nampak iPad dan galaxy tab, heee~
Tanpa membuang masa L terus turun ke tingkat bawah, bahagian pakaian. Apa lagi, window shopping le..
Ada baju yang L berkenan tapi nantilah dulu, hwaiting my money up sikit. Lagipun fitting room tersangatlah penuh, malas nak tunggu okayy.
Dah penat mengusha ladies thing ni, L turun tingkat bawah lagi. My tummy dah berbunyi. Sampai je level bawah, Ya Allah.. ramainya orang. L terus ke La Boheme, pilih-pilih roti dan nampak dad duduk kat bangku tepi eskulator, terus je L melangkah ke sana. Share roti yang L beli.
Man sampai dan tanya tak nak try other foods ke? Saya angkat kening je. Takkan nak makan pretzel Auntie Anne's je kott~ okayy, nampak makanan jepun yang menggiurkan. Rasa nak je makan Japanese Crepe, nampak sungguh mengancam, tapii saya meragui kesuciannya *ceh~ayat tak boleh blah* takut tak halal je. So, biar je lah. Ambik keputusan membeli takoyaki kat sebelah, yang ni L rasa selamat nak membeli sebab cefnya orang melayu kita. So, mintak Man orders. Berbaloi habis 5hengget dengan 3 bebola yang sedapp.

Lepas tu L promote dekat mom, so mom pi beli pulak dua kotak. Tapi benda sebab tak biasa dengan tekak kitorang, boleh telan sampai dua bijik je, lepas tu rasa muak. Tetap nak beli lagi Tako ni nanti. Next destination, IOI mall maybe. Hehe.. Inilah bila selera naik mencanak, semua benda nak rasa.

Sebab nak jugak rasa crepes tu, L search la dengan pakcik Google, nak tau pasal crepe tu. Then, OMG~~ rasa menyesal tak beli. Heh.. Halal dan selamat dimakan beb~~ then L tengok store locationnya, oh tidak~ semuanya jauh. Kat Pavi, Time Square, dan Jusco OU. Hoho.. i hope dapat jumpa dekat IOI Mall nanti.

Sambung balik sutori dekat Jusco ye..
Lepas dah kenyang tu, Alhamdulillah.. Man datang sengan sejibik headphone kat tangan dan dengan girangnya dia berkata beli dengan 5hengget je~ wahhh, murohnyo. Apalagi, saya terus seret dia ke kedai tersebut. Semua barang 5hengget okayy~ siapa tak eksaited. Dan japanese things jugak. My favie lol.L beli sebiji giftbox dan bekas for accesories/beads.



Kalau ikutkan nafsu, nak je borong macam-macam kat situ. Dan dan jugak, L search kat rumah..mana store location yang lain.^__^ happy gilerr dowh sebabnya ada satu kat IOI jugak. Momdad, jom pergi menjelajah IOI pulak !! tapi money opcos la L kena cari dulu kann~

oklah, sampai sini my sutori for this weekend...
to my beloved dongsengs (Man+Jae), selamat menduduki peperiksaan ye, do ur best for PMR :) and tak lupa to all PMR candidates, moga maju jaya !!