Wednesday, 22 February 2012

Kenangan Buat Kita


Peti sejuk dibuka. Dia mengambil sekotak jus kiwi Cheres yang berada di pintu peti tersebut. Gelas dicapai lalu jus dituang, dia terus menyimpan jus tersebut kembali. Dia berjalan ke depan sambil membawa gelas tersebut. Remote televisyen dicapai sebelum melabuhkan punggung di sofa empuk di ruang keluarga. Butang on ditekan, skrin yang kosong tadi sudah berwarna-warni dan berbunyi. Gelas disua ke mulut, jus diteguk dengan nikmatnya.

“Kamu dah ada sesiapa ke, Khal?” Tanya Puan Nailah yang baru sahaja turun dari tingkat atas. Dia menggeleng melihat anak lelaki sulungnya itu. Memang tak ada kerja lain petang-petang begini kalau duk tercongok depan tv atau laptop.

Serta-merta Ariq Khalil memandang ibunya . Dahinya berkerut cuba memahami soalan spontan ibunya. Pelik betul ibu kali ini, tetiba tanya soalan diluar subjek. “Maksud ibu?”

“Takkan tak faham soalan ibu?”

Banyak maksud pertanyaan ibu itu. Sesiapa apa? Macam mana? Dah lah aku ni slow dan lambat pick up sikit. Dia hanya menggeleng sambil memaniskan muka. Tidak elok bermasam muka dengan ibu.

“Khal dah besar. Takkan takde suka sesiapa? Ada girlfriend ke, suka kat mana-mana budak perempuan ke… bagitahu kat ibu. Jangan simpan seorang, tak payah berahsia. Ibu taknak anak-anak ibu lebih selesa berkongsi dengan orang luar berbanding family sendiri. Sharing is caring, caring is loving.” Ujar Puan Nailah panjang lebar, siap dengan quote sharing caring lagi.

Ariq menggaru kepalanya, tidak faham kenapa isu sebegini harus muncul tika ini. “Ermm.. biar abang fikir dulu.” Dia yang sering membahasakan dirinya ‘abang’ mendongak ke atas sambil menggosok dagu. Lagak orang berfikir masalah negara pun ada.

Puan Nailah turut memandang ke atas, seolah jawapan yang diingininya berada di kipas yang ligat berpusing di siling ruang tersebut.

Adni Nadhifah yang baru sampai hairan melihat keadaan ibu dan abangnya. Dia turut memandang ke siling, melihat putaran kipas di atas kepala. Apsal ibu dengan abang ni. Buat exercise leher ke apa?
“Abang dan ibu tengok apa kat kipas tu? Something weird?”

Pertanyaan Adni membuatkan kedua-duanya berpaling ke arahnya. Ariq menghamburkan ketawanya tiba-tiba. Entah kenapa dia boleh ketawa. Mungkin sebab keadaan mereka dua minit yang lalu. Nina pun satu, ada ke tanya macam tu.. tak pasal aku geli hati.

Puan Nailah memandang anak-anaknya bersilih ganti. Kenapa pulak si Khalil ni ketawa? Adni juga hairan dan pelik melihat abangnya gelak-tak-ingat. Perut tersumbat ke apa. Abang la… kadang-kadang serius memanjang, bila datang angin monsoon dia… kita pulak yang terpaksa psiko diri.

“Ok. Enough, abang. Nina tak faham apa yang berlaku kat sini. Kenapa abang jadi begini. So, Nina naik ke atas dulu lah.” Baru sahaja dia mahu mengangkat kaki melangkah pergi, ibunya menghalang dengan sebelah tangan didepakan. Puan Nailah menyuruh dia duduk disebelah abangnya dengan isyarat mata. Adni menurut sahaja. Beg sandang di letak tepi.

Puan Nailah menutup suis tv di badannya. Dia mengambil tempat di sebuah sofa recliner, berhadapan dengan Ariq.

“So, Ariq Khalil. Berbalik pada topik kita tadi, what’s ur answer. Ada suka kat sesiapa ke?”

Ariq memandang Adni sekilas. Adni hanya mengangkat keningnya sambil tersengih nakal. Padan muka, sekali ibu cuba nak korek rahsia hati yang amat secret itu. Adni terus mencapai majalah Keluarga yang berada dalam bakul di sebelah sofa berbentuk L itu. Malas dia masuk campur dalam hal yang tiada kaitan dengannya.

“Tak ada ibu. Kenapa ibu tanya?” soalnya kembali.

“Hrrmmm.. baguslah kalau macam tu. Ibu ni, bukannya apa.. takut kamu buat yang bukan-bukan di belakang ibu. Kalau dah minat anak dara orang tu, cakaplah.. boleh ibu pinangkan.”

Ibu la.. tak ada angin, tak ada ribut, tetiba tanya soalan macam ni. Apakah aku nampak pelik kebelakangan ni? Ke ibu takut aku kahwin lari ? Hisy, mengarut je. Ariq menggeleng kepalanya. Tidak dapat mengagak kenapa ibu tanya sebegini. Nak kata umur dah lanjut, dia baru mencecah umur 21 tahun. Hmmm…pelik ni.

“Kenapa ibu tanya macam tu? Nampak muka Khal tengah angau ke? Ke ibu teringin sangat nak bermenantu?” Soal Ariq dengan kenyitan mata buat ibunya.

Adni berdehem kecil. Sengaja nak menyakat ibunya juga. Muka ibunya yang sedikit berubah dipandang dengan rasa geli hati yang tertahan. Boleh pulak abang tanya soalan macam tu.

Puan Nailah hanya menggeleng perlahan. Malas melayan keletah anak-anaknya. Dia bukannya kempunan sangat nak bermenantu bagai. Dia tak mahu anak-anaknya terlalu mengikut peredaran zaman sekarang, rata-rata anak muda di luar sana ber-pakwe-makwe, bercouple semua tu. dia juga mahu mengingatkan mereka dengan batas pergaulan antara lelaki-perempuan bukan muhrim.



~continue later, InsyaAllah~

No comments:

Post a Comment

Bagi je komen apa-apa asalkan yang comel tau. Hee~