Wednesday, 23 November 2011

Holiday !!

Assalamualaikum semua.. dan morning :)

Sekarang ni malas betul nak menaip dan blog-ing ni. Entahlah. Kerja pon slow motion je. Hehe. Tapi kalau part CUTI dan holiday ni memang terus segar dan terasa rajin. Heh, sesungguhnya saya seorang yang malas. Bad Myaz !!

Okay, percutian kali ni tak jauh pun. Area KL je. Memang best dan terbaikk even just stay dalam hotel. Heh. Kat hotel ni best sebab ada swimming pool !! (mana-mana hotel pon ada kann)

Sebenarnya sebab nak balas dendam tak dapat berenang hari tu. Hehe. Siyesly best sebab dapat cuti. Okayy. Holiday!!! Siapa tak suka kann dapat release tension, relaks2 dan bermalas-malasan. Tapi bila selalu cuti pon boring jugak. Rasa macam nothing dalam hidup ni. Eh-eh, stop membebel.

Best dapat tengok panorama malam di sekitar KL. Hotel tu pon kat tengah2 KL nun, malamnya joging sekitar KLCC. Wahh, great time. Balik lenguh2 kaki then zzzz. Solat dah awal2 lagi kay, kitorang keluar lepas Isyak. ops, berdua je laa sebab yang lain letih swimming + main petang tadi.

Apapun, really enjoyed the day !!!

Saturday, 19 November 2011

Tentang SIHIR / PUKAU / SANTAU

ANGKARA SIHIR DAN KESANNYA

Sihir adalah perbuatan yang berkaitan dengan jin yang menyebabkan perubahan secara mendadak tanpa diketahui sebabnya.

Sihir juga merupakan perantaraan di antara tukang sihir dan syaitan yang mensyaratkan si tukang sihir tersebut agar melakukan perbuatan haram dan syirik di samping menyerahkan segala ketaatan kepadanya demi memperolehi bantuan dan pertolongan yang dihajatkan.

Terdapat pelbagai jenis sihir yang terjadi dalam masyarakat kita, antaranya seperti berikut:


1. SIHIR PEMISAH

Takrif dan pengertiannya:

  • Memutuskan hubungan anak dan ibu.
  • Memutuskan hubungan anak dan ayah.
  • Memutuskan hubungan seseorang dengan saudaranya.
  • Memutuskan hubungan seseorang dengan kawannya.
  • Memutuskan hubungan antara dua rakan kongsi.
  • Memisahkan antara suami dan isterinya.

Tanda-tanda sihir pemisah:

Perubahan secara tiba-tiba dari sayang menjadi benci.
Berlaku keraguan melampau antara suami isteri.
Enggan memohon maaf.
Membesar-besarkan perselisihan yang kecil.
Suami melihat isterinya berwajah hodoh dan sebaliknya.
Benci kepada setiap perbuatan yang dilakukan oleh pasangan.

2. ILMU GUNA-GUNA

Sihir ini juga dikenali sebagai Ilmu Pengasih atau Pemikat.

Tanda-tanda:

  • Asamara cinta yang keterlaluan.
  • Berubah secara spontan dari benci kepada suka.
  • Cenderung melakukan hubungan seksual.
  • Sukar mengawal cinta.
  • Rindu bayang yang berlebihan.
  • Patuh secara membuta tuli tanpa dapat dikawal.
  • Mimpi bersetubuh dengan orang yang menyihirnya.
  • Menjadi tumpuan orang ramai walaupun tidak seberapa (kedai).

Sebab-sebab:


  1. Timbulnya berbagai-bagai perselisihan antara suami isteri.
  2. Mencuba dan ingin tahu.
  3. Perasaan cemburu, cemas jika suaminya akan berkahwin lagi.
  4. Melakukan aniaya terhadap wanita yang pernah menghampanya.
  5. Melariskan peniagaan.
  6. Mendapatkan pengikut.


Kesan-kesannya:

- Adakalanya seorang suami akan menanggung sakit dalam jangka masa yang lama.
- Adakalanya kesan daripada sihir itu tersasar atau tersalah tuju sehingga suami membenci isterinya. Ini akibat daripada sesetegah tukang sihir yang tidak mahir menggunakan sihir tersebut.
- Adakalanya seorang isteri mengenakan sihir beberapa kali supaya suaminya hanya sayang kepadanya sehingga menyebabkan suami membenci ibu, saudara mara perempuan dan semua wanita yang ada hubungan kekeluargaan.

SIHIR YANG DIHALALKAN

Berhias dan mencantikkan diri di hadapan suami. Menjaga supaya suaminya tidak melihat sesuatu yang buruk darinya, tidak mencium bau yang tidak enak, selalu senyum manis, berkata baik, lembut, menjaga harta suami, menjaga anak-anak dengan kasih sayang, mentaatinya selagi tidak menyuruh perkara maksiat kepada Allah.

3. SIHIR MEMPERDAYAKAN PANDANGAN (SILAP MATA)

Tukang sihir membawa sesuatu, kemudian mengucapkan jampi-unsur syiriknya dan azimat-azimat kekufuran lalu meminta bantuan syaitan sehingga orang ramai melihat sesuatu itu tidak sebagaimana hakikat sebenar.

Tanda-tanda Hinopsis:


  • Orang melihat benda yang diam seolah-olah bergerak atau sebaliknya.
  • Melihat yang kecil menjadi besar atau sebaliknya.
  • Seperti melihat tali dan tongkat menjadi ular yang bergerak dan merayap ke arah nabi Musa.
  • Seperti kain / api berubah menjadi burung.


4. SIHIR YANG MEMBUAT GILA

Tanda-anda Sihir Gila:

  • Binggung dan lupa sesuatu.
  • Kacau dalam perbicaraan.
  • Mata kuyu (moyok).
  • Tidak boleh tenang di satu tempat.
  • Tidak boleh tetap melakukan pekerjaan tertentu.
  • Tidak mengambil berat tentang penampilan (selekeh).
  • Sampai kesatu tahap ia tidak sedar dirinya sedang berjalan dan tidur di tempat-tempat sunyi.

5. SIHIR MEMBUAT ORANG TIDAK BERMAYA

Tanda-Tanda:

  • Suka berseorangan / menyendiri.
  • Tidak bercakap / pendiam.
  • Tidak suka berjumpa orang.
  • Fikiran meracau / terganggu.
  • Selalu pening.
  • Selalu lesu dan tidak bermaya.
  • Hilang semangat apabila tiba di tempa kerja.


6. SIHIR MENDENGAR PANGGILAN

Tanda-tandanya:
  • Selalu mengalami mimpi ngeri.
  • Bermimpi mendengar orang memanggil nama.
  • Mendengar suara-suara yang bercakap kepadanya dalam keadaan jaga tidak melihat orangnya.
  • Selalu was-was.
  • Selalu syak wasangka terhadap teman dan orang-orang yang mencintainya.
  • Mimpi seolah-olah jatuh dari tempat tinggi.
  • Mimpi melihat haiwan yang mengejarnya.

Bagaimana Sihir Ini Dilakukan?

Tukang sihir mengirimkan jin yang diberikan tugasnya untuk mengganggu mangsa pada waktu tidur dan jaga, kemudian jin itu menampakkan dalam diri dalam tidur berupa berbagai-bagai haiwan buas yang mengancamnya atau memanggilnya, ketika jaga mangsa mendengar suara seseorang yang dikenalinya atau mangsa mendengar suara-suara aneh.

7. SIHIR MEMBUAT PENYAKIT

Tanda-tandanya:
  • Selalu sakit pada salah satu anggota badan.
  • Saraf tersumbat.
  • Lumpuh salah satu anggota tubuh.
  • Tidak berfungsi salah satu pancaindera.
  • Lumpuh keseluruhan badan.

Bagaimana Berlakunya Sihir ini?

Jin akan ditugaskan menetap di otak, benar-benar di tempat yang dikehendaki tukang sihir seperti di pusat pendengaran, penglihatan dan sebagainya. Ketika itu, aggota tubuh mangsa berada di antara 3 keadaan:

Menghalang isyarat-isyarat / arahan otak sampai kepada anggota tubuh sehingga anggota tubuh tidak berfungsi menyebabkan mangsa menjadi bisu, buta, tuli dan lumpuh.
Membiarkan tubuh berfungsi dan kadangkala menghalangnya daripada berfungsi.
Membiarkan otak memberikan isyarat melampau dan cepat anggota tubuh mangsa menjadi kaku dan tidak bergerak walaupun tidak sampai ketahap lumpuh.

8. SIHIR PENDARAHAN

Sihir ini hanya berlaku kepada wanita. Jin itu diberikan tugas untuk mengeluarkan darah, di mana jin akan berjalan bersama-sama aliran darah. Sabda Rasullullah (s.a.w.): "Syaitan berjalan dalam tubuh manusia melalui peredaran darah".

Pengertian Pendarahan

Dikenali oleh ahli feqah sebagai darah istihadah dan dikalangan doktor biasanya disebut pendarahan. Kemungkinan pendarahan ini berlangsung hingga beberapa bulan tidak kira sedikit atau banyak.

9. SIHIR MENAHAN PERNIKAHAN

Tanda-tandanya:
  • Pening kepala yang berterusan, sekalipun diberikan ubat oleh doktor.
  • Sesak di dada terutamanya selepas asar hingga tengah malam.
  • Melihat pelamar bermuka hodoh.
  • Banyak berfikir (fikiran melayang)
  • Selalu gelisah waktu tidur.
  • Selalu rasa sakit di perut.
  • Rasa sakit di tulang punggung bahagian bawah.

Cara berlakunya Sihir ini

Jin akan ditugaskan melakukan satu di antara dua:

Masuk ke dalam tubuh wanita menyebabkan dia benci kepada setiap calon suami yang melamarnya.
Jin menukarkan wajah lelaki yang ingin melamarnya berwajah buruk.

SIHIR PUKAU

TANDA-TANDA TERKENA SIHIR PUKAU:
  • Melihat sesuatu tidak sebagai sebenarnya seperti melihat benda kecil menjadi besar atau sebaliknya.
  • Melihat wajah yang cantik menjadi buruk atau sebaliknya.
  • Menjadi bingung, tidak boleh bercakap dan menuruti permintaan seseorang walaupun tidak dengan kerelaan hati.
  • Tidak sedar akan diri sendiri walaupun ditanya sesuatu yang berkaitan tentang dirinya
  • Rasa mengantuk yang terlalu luar biasa.
  • Rasa begitu tertekan sehingga fikiran menjadi buntu.
  • Rasa benci terhadap orang yang patut disayangi seperti suami isteri.
  • Rasa kasih yang keterlaluan terhadap seseorang.
  • Berjalan menuju ke suatu tempat dalam keadaan tidak sedar atau ketika tidur.


PUKAU BOLEH BERLAKU MELALUI:

- Hembusan asap rokok.
- Tenungan mata.
- Perbualan.
- Minuman
- Handphone (percakapan dan sms).
- Membuang najis dan membuang pakaian buruk di hadapan rumah.

PUNCA SIHIR:
  • Masalah perniagaan seperti berkedai, berjaja, kontraktor dan sebagainya.
  • Putus pertunangan.
  • Masalah pertunangan yang tidak ditunaikan.
  • Rebutan pangkat kedudukan dalam masyarakat.
  • Rebutan harta pusaka.
  • Irihati dengan jiran-jiran sebelah.
  • Cemburu, jahat sangka dan seumpamanya.
  • Mencuba kehebatan ilmu.
  • Mendapatkan keuntungan duniawi.

"MELINDUNGI DIRI DARIPADA GANGGUAN DAN SIHIR:"
Sentiasa berzikir dengan zikir yang diwariskan oleh naib s.a.w.
Menyebut nama Allah dalam setiap pekerjaan.
Menyebut nama Allah setiap kali masuk ke dalam tempat gelap.
Jangan menyakiti binatang seperti anjing dan kucing.
Jangan tidur bersendirian, jika terpaksa berwuduklah dan membaca doa sebelum tidur.
Jangan membuang air kecil ke mana-mana lubang atau takungan air.
Jangan membunuh ular yang masuk kedalam rumah sesewang-wenangnya.
Jangan mendedahkan aurat kasar didalam rumah dan jangan selalu bersolek dan berhias kerana timbul rasa ghairah jin jantan terhadap wanita itu.
Jangan membuang benda berat tanpa menyebut nama Allah.


Apa-apa pun semua dengan izin-NYA, jadi banyaklah berzikir, solat dan memohon dari Allah yang Maha Esa lagi Maha Kuasa. Semoga kita ambil iktibar dan pengajarannya. Ambil yang jernih, buang yang keruh dan kotor. InsyaAllah.



Buah tangan dari Cameron.

Assalamualaikum dan selamat hari minggu uols !


Alhamdulillah masih mampu bukak blog dan bercerita itu-ini. Hari ni sepatutnya jogging kat Cameron, tapi disebabkan sebab-sebab tertentu, kitorang joging kat taman area ni je. Hehe.

Mom membatalkan lawatan tersebut malam semalam. Baru nak lompat bintang dalam bilik sebab dapat pergi, dah terbantut pulak. Tapi sekurang-kurangnya ada la jugak something dari Cameron yang ayah bawak balik :)

Ada stoberi, jagung dan macam-macam jenis sayur. Dan durian !! Tapi bukan dari Cameron lah, tapi dari Meru. Siyes sedap durian tu, sehingga menjilat jari.

Maaf, gambar buat sementara waktu takde coz camera bro guna. Nak pakai phone cam  tak kena je, sebab tak cantik lorh~~ henpon cikai -.-


Okay, sebab-sebab tak jadi pergi adalah :-
- cuaca yang tak menentu
- nasihat dari orang yang dah pergi, suruh bermalam kat sana
- bimbang dengan drebar yang berdarah muda
- takut jalan nak naik-turun sana
Inilah antara sebab-sebab yang mom batalkan. Apa-apa pun redha, mungkin ada hikmah disebaliknya. Mana tau something will happen kann. InsyaAllah kalau ada rezeki nanti, dapatlah L jejak kaki kat sana.


notajari : saya dah buang playtube kat atas nun. memekak je :) heh


p/s : esok pi swimming, InsyaAllah dan melantak sambil exercise kat Shah Alam :P

Thursday, 17 November 2011

Pizza panjang dan Cinderella

Assalamualaikum...

Entry kali ni pasal makanan lagi. Huhu. Yup, L memang suka makan!! Hari ni saya dan adik-adik buat pizza. Heh, macam best pulak. Ekceli bukan buat betul-betul pon. Setakat sapu sos, tabur bahan dan bakar. Done!!
Tapi pizza kali ni spesel sebab bukan bulat macam bentuk jam tu, tapi panjang longjong.


nampak sedap kann.. memang sedappp!!! mabeles!


Alhamdulillah boleh isi perut. Memang sedap. Dan kitorang rasa nak lagi sebab satu tu kongsi dua orang. Huhu. Dengan menggunakan pita bread yang panjang, beli kat Tesco semalam, kepingan sosej, sos yang dibuat dengan tomato puree, potongan bawang, hirisan cendawan dan keju Mozarella. memang daebakk !!!

Lain kali boleh buat lagi :) beli pita bread je kalau malas nak menguli. Hehe.


-
-
Yang ni pulak pasal Cinderella. 
Semalam officially dah habis Pasta korean drama kat RTM2 dan digantikan dengan Cinderella Sister. Wahh. Memang nak tengok dari dulu citer ni. Dah cuba tengok sikit kat internet dulu, tapi tak paham. So, bolehlah enjoy dekat tv2 pulak :D



Best tengok kat tv2 ni sebab still dengan suara asli, korean bukannya chinese. Apa-apa pun saya nak pi tonton. Daa..



Tuesday, 15 November 2011

Goodluck !!

Assalamualaikum..

Lupa nak wish dekat adik-adik yang ambil SPM tahun ni. Tapi tak terlambat lagi kan...baru je dua hari berlalu. Lakukan yang terbaik dan berserah pada-Nya, insyaAllah !


especially sweet Rara, Jen dan Yana.
Semoga kalian berjaya and no stress okayy !!

-
-
-
-

Ohya, goodluck jugak kepada semua orang dalam menempuhi hidup seharian anda. Smileys :)

Monday, 14 November 2011

Thanks mummy !!


Yeah.. finally, got it !

Thanks mom. Muahhh !
Dari dulu lagi L nak benda alah ni. Tudung dan selendang bukannya banyak sangat tapi nak sebab tatau nak letak mana tudung. Ada hanger ni sure boleh membantu. Yeke?? Will see soon.

Tadi mom dan ayah keluar shopping barang dapur sebab sebelum ni tak sempat lagi selepas balik dari KB. Mana nak sempat, bila ramai jatuh sakit, tak larat nak bangun dan sentiasa sibuk.
Mom kata beli bawah 10hengget je. Wahh.. murah kann..

Rasanya dulu CL cakap dalam 30hengget something. L nak sebab terkenan bila tengok kat bilik CL dan kat bilik KakCah yang tersusun rapi. Ingatkan kat pasar malam/tani boleh dapat murah, rupanya kat sini pun ada yang jauh lagi murah. Boleh la kalau L nak borong dan jual kan kan...Jual dengan rege 12hengget. Macamlah ada yang nak beli enn...


Okay, night all !! Sampai sini je untuk hari ni.. sambung next time kalau masa izinkan.

p/s : macam tak boleh je ikut ayah pi Cameron. Hurmmm....


Weekend sutori dan viruss

Assalamualaikum dan selamat malam alls..

Semalam tak sempat post entry. Mengantuk dan pening kepala. Tak larat nak hadap komputer dan taip-menaip ni. Siyes letih. Weekend yang best even no play-play.

Semalam L dapat tahu ada tugas luar (outstation), so dengan berat hatinya pergilah jugak, kalau duduk kat rumah pun takde apa, melangut je kerja kott. Lagipun mom tak sihat, adik-adik pon ada yang sakit, memang tak kemanalah. Tapi memang best. Bertambah pengetahuan dan pengalaman!

Kitorang, L dan Kak Ada bertolak dalam pukul satu. Kitorang sampai di sana dalam pukul 2.40pm. Sampai sana memang saya tersangatlah kekok sebab 1st time jejak kaki kat situ, lepas tu memang tak kenal dengan tuan rumah. Okay, saya memang pendiam dan susah nak masuk geng.

Dalam pukul 5 petang kitorang selesai, so bertolak balik Subang ye. Hari pon dah gelap. Lepas tu kitorang singgah makan kat restorang ikan bakar. Memang sedap makanan kat situ. Lain kali bolehlah bawak family pulak pi menjamu selera. Tepi pantai pulak tu, nice view even pantai tak boleh mandi. Hehe..

Lepas habis makan, adalah sejam lagi masa nak sampai Subang. Dan saya tumpang kereta Auntie N, sebab rumah kitorang dekat. Bila masuk ke dalam area Subang ni, banyak pokok yang tumbang di tepi-tepi jalan. Erk.. Ribut melanda ke petang tadi ? Yup, memang ribut dan hujan lebat, katanya Man.

Oh, takde gambar pun nak buat kenangan. Huhu

-
-
-

Hari ni kerja je lah kerjanya untuk hari ni. Erk, ayat semacam je. Heh.
Ohya, pasal virus tu ialah virus sakit yang menyerang family L. Saya pun pernah kena dulu, sampai tak boleh bangun. Sakit perut, cirit-birit dan muntah-muntah. Sorang-sorang kena, ikut turn la pulak. Sekarang my lil sis pulak kena.


Ya Allah, bantulah hambaMu yang lemah tak berdaya ini. Andai ini terbaik buat kami, redhakanlah hati kami dengan takdir-Mu ini. Dan tunjukkanlah kami jalan yang benar. Amin...


Moga adik-adikku cepat sihat dan ceria kembali....


____________________________________________


Saturday, 12 November 2011

Tataunakletaktajukapa

Assalamualaikum semua...

Weekends time !! Apa nak buat eh? Kerja lahh !

Okay, siyesly rasa kosong. Boleh hadap komputer tapi rasa cam tak tau nak buat apa. Fesbuk? ermm, nothing spesel kat sana. Blog? Memang banyak benda rasa nak ejas dan membebel tapi jariku sungguh malas menaip. Pulakk.

Nak layan movie tapi belum install/ copy dalam dvd lagi. Thanks to Man sebab sudi download untuk kakak kesayangannya ni. Hehe. Dah ada sorang kakak je enn.

Banyak lagi ni Man senarai movie yang kakak hang ni nak tengok. Hari tu dah dapat tengok Shrek Forever After, latest one. Memang best biarpun dah ketinggalan. Mulalah saya nak suruh dia download semua siri Shrek. Haha.

Ni baru citer tontonan umum, belum lagi tahap aksi, seram, romance, ganas lagi. Kesian Man kena dera dengan kakaknya. Heh. Daripada duk melangut kat rumah sesaje, baik tolong buat something kan kan. Almakulumlah kakaknya yang sorang ni malas nak belajar dan buang masa untuk benda tu. Man sorang je celik IT. Hehe.

Erk.. apsal sutori pasal Man pulak. Eh? Biarlah, dah taip.. malas nak delete. Next week ayah ada event kat Cameron. Tak pernah pun ke tempat tu selama hidup kat Malaysia ni. Hehe. Nak hirup udara nyaman dan nak pakai baju sejuk, nak makan stroberi, joging pagi2 dan banyak lagilah.


I hope i can go there. Tapi tak boleh berharap sangat sebab takut memang tak DAPAT pergi. Menangis bengkak mata le nanti. Dahlah saya ni susah nak berhenti nangis. Huhu. Lagipun ayah pergi dulu, kitorang maybe kena pergi dengan official sweet jumper kitorang, bro. Nanti L citer pasal sweet jumper ni lain kali.

Nak ikutt!! Please!! *kitten face --puss*




Okay, dah penat membebel mengarut ntahape. Saya nak masuk opis balik. Mana tau esok boleh keluar jalan2 ke??

Wednesday, 9 November 2011

Balik kampung dan Eid Adha

Assalamualaikum semua...

Dah lama L tinggalkan blogie ni. Hrmm.. dan jugak saya lupa nak bukak balik bagi tatapan umum. Huhuuu.. Hari tu L privatekan blog sebab masalah teknikal iaitu playtube (lagu)*sesedap rasa je L bagi nama* yang terpampang kat atas dulu tak berfungsi. So, terpaksalah removekan dan jugak problem dengan picas kat blog jugak. Almaklumlah setting baru di blogspot ni .

Ahad lepas, semua umat Islam sambut hari raya qurban. Saya pon tak terkecuali. Tahun ni dapat jugak beraya kat kampung, di saat akhir ye. Kami bertolak dari rumah petang hari Sabtu. Sampai kat KB pukul 2am you, pagi raya tu. Lebih 12 jam di atas jalanraya. Fuhhh.. Dari KL-Bentong la paling teruk jam. Barisan kereta yang panjang dekat tol dan terpaksa berbaris tunggu giliran nak masuk toilet dan nak buat pembayaran kat Petronas di Bentong. Memang ni jam paling teruk kitorang lalui masa nak balik KB. Apapun Alhamdulillah selamat sampai.. pukul 2 pagi yukk. Kesian drebar rasmi kitorang, letih ouhh~

Okay, malas nak membebel panjang pasal raya ni coz bila L mula menaip takkan berhenti dan mulalah merapu ntahape. Biasa-biasa je raya kali ni. Balik pon kejap je, duk melepak rumah grandpa je dan menziarahi sedara-mare yang uzur sambil mengedar kad kahwin :D hehe


Dan part makan mana boleh tinggal, sutori la sikit enn sambil menyang gambar yang tak seberapa enak. Almaklumlah, potograpi cabuk. Ahakss.


nasi kerabu yang mabeles, santapan kami sekeluarga before bertolak balik KL
thanks so muchie to CL for making this !!



ni pulak eskrem 2posen yang bestt !! hanya terdapat di kedai depan rumah grandpa je :)
L tak jumpa lagi kat kedai lain.. balik je rumah grandpa sure nak makan eskrem ni.
balun sampai tiga batang...eskrem coklat my peberet
thanks to Man kerana sanggup korek dalam freezer kat kedai tu, katanyalah, coz dah suruh budak2 kecik gi beli tapi diorang kata takde, Man pulak volunteer nak beli.. dia kata ada, kat bawah nun dalam freezer.


Sutori masa perjalan balik pulak, memang best. Jalan penuh dengan kereta jugak. Masa keluar dari Gua Musang-Mempaga, teruklah jugak barisan kereta yang panjang berderet. Sampai bro boleh potong 60 buah kereta sekaligus. Woww ~ siyes rasa takut dan berdebar-debar sebab takut ada kereta/ lori di laluan bertentangan. Ni rekod masa jalan jam lah. Sebabnya, lori balak yang teramatlah slow kat depan nun.

Rekod masa kereta bergerak laju, lebih kurang dalam 15 buah kereta dia potong. Impressive. Memang sweet jumper lahh. Gila bangga Man coz sebelum tu takde kereta yang potong-memotong ni. Lepas tu mulalah kereta-kereta yang lain turut memotong. Dia kata semua baru berani potong sebab bro mulakan fulu, iyalah, seorang lelaki muda bawak muatan penuh *bas* okay. Hahaha...

Entah macamana ye kalau L bawak kereta. Sure berjam-jam atas jalan sebab ikut giliran. Berbudi bahasa lah katakan... tak berani dowhh!


p/s : tahun depan kot baru boleh jejak KB lagi. huhu

Thursday, 3 November 2011

Waffle vs Pancake

Assalamualaikum semua... dan selamat malam.

Ramai dah masuk kamar beradu untuk merehatkan diri. Saya pun kena rehat jugak, tapi sebab ada chance duduk depan komputer dan bukak blogie ni, so, tangan gatal nak post entry. Dan entry ni pasal makanan jugak. Ohh~ memang saya suka makan.

Semalam punya petang, eh ! dah masuk Maghrib pon, jadilah jugak waffle untuk isi perut kitorang 5 beradik.
Sebenarnya saja merajinkan diri bermain dengan tepung dan nak try resepi yang lain. Sebelum ni kan, L ada share resepi waffle ni kat entry yang lepas ni. Lama dah kott~


Tapi kali ni buat pakai resepi lain, ihsan bantuan pakcik google jugak. Just type and click enter, then choose one. Hehe.. Ualls boleh jenguk kat myresepi ni ye. Thanks kepada tuan punya resepi yang sudi share resepi yang mabeles ni :)

Maap ye, saya malas nak menyalin resepi kat sini even C&P je. Banyak je resepi yang simple boleh dapat kat  internet ni. Mintak je ngan pakcik google, sure belambak, InsyaAllah.
Resepi asal ni untuk pancake, memang lembut dan sedap. Saya sengaja bakar atas waffle pan sikit sebab nak cepat dan nak tengok teksturnya, mana tau sama dengan waffle uncle Din. Rasanya lebih kurang dengan waffle yang saya buat sebelum ni. So-so je laaa~~~

 Lagi sedap kalau ada madu/ maple syrup...mmmm..yummy. Tapi kitorang adik-beradik makan dengan jem/ peanut butter je. Asalkan dapat isi perut, alhamdulillah...

Ok, night all !! Selamat beradu...

Wednesday, 2 November 2011

Wordless Wednesday # Pancake+waffle~ nom nom

Piza petak ekspress

Assalamualaiku dan selamat tengahari...
Ohh..dah masuk waktu lunch?? Menu apa hari ni ye??

Sekarang ni saya sungguh malas nak hadap komputer. Memang dah parahlah penyakit M ni.Tapi disebabkan lapar dan boring so saya kena merajinkan diri. Dan terjadilah piza petak ekspress.\

Dan jugak syokk nak buat macam-macam sebab parent not home. Hoyeahh~ jom kita main masak-masak.
Ingat nak masak real pizza tapi lambat prosesnya dan jugak bahan banyak takde. Yang ekspress pon jadilah asal boleh makan, ye tak?


Jadilah kan dari takde langsung, ye tak?? Piza yang mudah dan simple... tapi saya buat kureng la rasanya. Idk why but okayy laa dari takde langsung, duk tercongok tak tahu nak buat apa. Bro pon kata okay, siap suruh buat lagi...Ohh, maaf ! L dah malas balik :D


Roti gardenia
Butter
Sos cili/tomato atau tomato puree
Sosej
Cheese
Mayonis
-
Sapu roti dengan butter, letak sos/tomato puree. Apa-apa sos yang digemari (ikut citarasa sendiri)
Taburlah segala bahan-bahan diatas. Kalau nak tambah apa-apa pon boleh je. Ikut selera masing-masing.
-
-
-
Kalau guna mozzarella cheese lagi mabeles, saya pakai slive cheese je. Tadi lupa nak taruk bawang bagi manis. Agak masin sikit sosej yang saya buat dan jugak rasa pedas (sesedap hati pi tabur pepper bebanyak) hehe..

Okay.. enjoy ur day :) Petang sikit buat waffle pulak kott (kalau rajinlah)...

KENAingat :: Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Wednesday, 26 October 2011

Esketing dan cuti yaww~

Assalamualaikum dan morning alls..

Selamat menyambut Deepavali kepada yang menyambutnya ye. Dari semalam dum dam dum dam bunyi mercun.
Dan hari cuti.. yeayyy.. tapii duduk rumah je laa coz weekend hari tu dah berjalan merata. Malas nak citer pasal weekend, kang panjang pulak membebel takde hala tuju..

Dan Isnin lepas bersketing kat 'gelanggang' ais di Sunway. Kira family outing laa sebab mom & dad join sekali meluncur kecuali bro yang ada kerja. Dah lama dah saya nak main esketing ni, tapi still tak dapat. Since last year. Ohh..cepatnya masa berlalu.



Untunglah datang esketing schoolday ni. Jimat la dalam 5hengget buat bayar parking. Heh
Apa-apa pon, enjoy the day. Biaq sakit kaki pon, jatuh tergolek-golek buat free show, punggung terhentak, yang pasti main sampai lebam. Erk.. memang lebam pon, kat lutut~~

Masuk pukul 9am, keluar pukul1pm. Memang main betul-betul le ni. Ada ke main betul-betul? Bukan main-main? Okayy, dah merepek pulak L ni. Abaikan.  Balik rumah bumm.. rehat ye. Dah sakit habis satu badan. Katanya ayah, kita pi 3 bulan sekali, InsyaAllah. Tersenyum lebarlah L jawabnya. Next year.. hoyeahh~~

Dan saya sungguh suka dengan kasut mamat2 yang expert atas ais tu. Hockey ice punya team kot. Best tengok diorang mengelak langgar orang dan pandai kawal serta imbang badan dari terjatuh. Ada seorang mamat/budak kiut je scating. Siap buat shuffle & moonwalk atas ice tu.

Jika saya ada duit, memang beli la sepasang kasut hockey ice ni. Entah kenapa tak berkenan sangat dengan kasut scating. Maybe nampak yang ni lebih stylo dan selesa ?




Eh, kejap. Lepas main, kita lunch dulu. Tak sabar nak makan Mekdi coz dah lama mengidam. Akhirnya dapat jugak, dengan adanya kupon ni, jimatlah jugak duit. Tapi perut rasa sebu pulak, so jamah setakat mampu le..


Dah puas makan QP with cheese ni. Beefy, Cheesy Perfection !! Daebakk !


____________________________

Okayy, next thing that i wanna eat... PIZZA !! Yes, pizza. Kalau dapat pizzahut yang cheesy tu pon alhamdulillah. Tapi kalau boleh nak buat sendiri, homemade....

p/s : thanks all for this outing, memang enjoy dan happy...dan Jae, thanks for McD kupon, tak sempat nak belanja you that day.. InsyaAllah lain kali kayy..

Sunday, 16 October 2011

Fesbukkk!! Gedebukk~~

Hope this day end with a sweet smile...

Tapi... arghh, rasa nak...
My fesbuk stuck !! Sungguh tak suka keadaan ini. Ingatkan memang line FB ada problem or something tapi... boleh je buka FB (fesbuk adik), atau guna privacy tab??
Okayy, cek guna hp pulak, sebab memang kebetulan petang tadi tengah online mobile... than 'the page you requested not found'. Sesungguhnya fesbuk saya tak boleh bukak !! Oh, kena hack kah??
Kepada semua dear kakaks & frens *bajet kawan up than 1k*, so sorry sorry..
ingat nak chat or havockan fesbuk tapi..
dah jadi macam ni.. terima seadanya :)

so, jom layan resepi yang hot dan video yang stailo...terasa nak buat froyo sendiri pulak..hehe...
bye and nite..



FroYo terbaekkk~~

Assalamualaikum dan selamat malam..

Hari ni saya rasa nak pergi berjalan je, hari Ahad kann. Esok dah mula weekdays. Dan hari ni memang banyak benda yang L nak buat dan pergi dalam kepala ni. Tapi.. disebabkan dad takde kat rumah (outstation), dan memang ada kerja luar yang L mungkin kena pergi. Kalau bukan saya pon, bro yang kena pergi. Kalau bro pergi memang duk terlekat kat rumahlah all day long.

Alhamdulillah, benda yang L nak makan sangat dan nak pergii sangat dapat ditunaikan. Thanks to mum and bro. Ingatkan angan-angan yang tak kesampaian je, tapi last minute dan my hope dah musnah, Alhamdulillah masih ada peluang untuk saya merasa.

16 oktober.. memang banyak benda yang end up hari ni. Saya nak pergi HalFest, SOGO clearence sale dan jualan buku antarabangsa kat Maeps serta Tutti Frutti opening promotion!


Dan... taadddaaaa...
Lastly, dapat jugak merasa benda ni. Memang sedapp dan bestt walaupun sejuk gilerr sampai my tounge rasa pedih. Berbaloi melayang 100hengget** for 6 cups.. hehe.. memang melantak habisan.
Mula-mula masuk pakai amik je. Letak semua jenis froyo yang ada kat dalam tu dan topping stoberi, kiwi,  coklat sos. Diorang pon letak macam-macam, so sharing is caring :)

Dan siyesly terbeliak mata ni tengok rege untuk dua cup, RM38. Tapi kenalah berlagak cool kann, dah agak sebab bro dah makan dan survey dulu kat internet.


sorii, no picas kat dalam kedai tu...kena tunggu poto dalam hp man..tak ingat langsung nak amik gambar, lagipon cam tak bawak...pakai fon pon jadilah kan dari takde langsung~~

Pssttt.. Man kata dia boleh beli 2 set McD lunch dengan sebekas FroYo ni. Tapi kan, froyo lagi bagus dari McD kannn~ good for health and tummy.

Kitorang mula-mula share sebekas dua orang dan makan kat dalam kedai tu sambil tengok kpops. Heh! My little dongseng tak habis-habis sebut, "lagu yang kakak suka!"
Erk.. kantoi.. sori la sayang oii. That's not my favie song tapi ada la layan jugak..


Mujurlah ada promotion sempena pembukaan kedai baru ni kat Putrajaya.
Dapat la diskaun 50%, kalau tak melayang 100hengget ++.. hehe..
Kedai dia comel, L suka..cuma satu je, makan benda yang sejuk kat tempat ber-aircond memang tak sesuai. Dahlah sejuk, L pulak baru sihat dari batuk, lidah pon sensitip lagi~
Apa2pun memang daebakk froyo ni. Mesti usha FB selalu ni kalau nak dapat dengan harga murah. Yeahhhaaa!!


I have a great day!! Alhamdulillah... see ya next time :)


Next project : Makan McD pulak :)

Friday, 14 October 2011

Punca Kegemukan

Assalamualaikum dan selamat malam alls..

Malam ni saya nak share sedikit info pasal obesiti. Sesungguhnya berbadan besar/gemuk dan melebihi tahap biasa boleh memudaratkan kesihatan diri, antaranya- kolesterol, diabetes, darah tinggi dan masalah jantung.
_________________________
RAMAI yang mengadu bahawa mereka tidak berjaya mendapat berat badan yang mereka idam-idamkan. Ada yang nak sangat kurus, tapi tak boleh-boleh, badan tetap berisi, berat tetap tak mahu turun-turun.
Ada tu terbalik pula. Beratnya sedikit sangat. Tak habis-habis mencari formula untuk menambah berat badan. Pulak!
Jadi pembaca semua, hari ini saya akan kongsikan petua-petua hebat daripada National Heart Lung and Blood Institute tentang 10 sebab mengapa badan boleh gemuk. Kenapa berat tak boleh-boleh nak turun.

1. Tenaga yang tidak seimbang di dalam badan.
Untuk memastikan bahawa berat anda berada pada BMI atau berat normal yang ideal, anda perlu memastikan bahawa nilai tenaga yang ada di dalam tubuh anda berada pada kadar yang normal dan seimbang.
Seimbang ini bermakna nilai kalori dan tenaga yang anda perolehi mestilah berada pada kadar yang sama dengan jumlah tenaga yang anda keluarkan.
Tenaga atau kalori akan diperoleh melalui pemakanan manakala ianya akan dikeluarkan melalui aktiviti-aktiviti, senaman dan sebagainya.
Justeru, pastikan bahawa anda sentiasa menyeimbangkan nilai kalori dan tenaga yang ada di dalam tubuh anda.
Banyakkan aktiviti riadah, kurangkanlah pengambilan kalori.

2. Gaya Hidup yang kurang aktif.
Ini ramai yang buat. Ramai di kalangan kita yang sering mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat. Ringkasnya, gaya hidup yang tak aktif.
Mengikut kajian, dengan menonton televisyen atau berada di hadapan komputer selama dua jam sehari secara berterusan, boleh dikaitkan dengan risiko penambahan berat badan!
Betul, kita tak boleh nak elakkan hal ni. Dah aku kerja memang menghadap komputer, nak buat macamana? Ya, sebab itu saya katakan, gaya hidup ini juga memainkan peranan yang cukup besar sekali dalam menentukan berat badan anda.
Kalau kita lihat juga dengan pembangunan ekonomi negara kita dan dunialah secara amnya, kita memang tak boleh nak menyangkal bahawa dunia semakin mengorak ke depan dan maju. Gaya hidup pun dah semakin jauh berubah.
Kalau dulu atuk-atuk dan nenek-nenek kita mampu berjalan beratus-ratus meter untuk ke kebun, kita hari ni macam mana? Ke kedai nak beli surat khabar pun naik kereta. Itulah dunia.

3. Genetik dan faktor keluarga.
Yang ini semua tak boleh nak elak. Dah emak awak badan besar, dah bapa awak gemuk, nak buat macam mana? Kena terimalah. Redha sajalah apa yang ada (dengan berusaha).
Ya, kebarangkalian untuk anda menjadi gemuk adalah jauh lebih tinggi jika kedua ibu bapa anda turut gemuk.
Hasil kajian mendapati genetik juga mempengaruhi kadar pembetukan lemak di dalam tubuh anda. Ia juga mempengaruhi di mana dan bagaimana lemak-lemak itu bakal terkumpul di dalam anggota tubuh. Semua ini bergantung pada faktor keluarga dan genetik.

4. Faktor kesihatan.
Beberapa jenis penyakit juga dikaitkan dengan faktor kegemukan. Antaranya ialah hypothyroidism (kekurangan hormon tiroid di dalam tubuh), cushing syndrome dan polycstic ovarian syndrome.
Kekurangan hormon tiroid di dalam tubuh akan merendahkan kadar metabolisme di dalam badan. Ini akan mengurangkan lagi nilai-nilai tenaga yang akan dikeluarkan, dan secara langsung akan meningkatkan berat badan anda.

5. Ubat-ubatan.
Ubat yang anda gunakan juga boleh mempengaruhi akan berat badan seperti antidepresi, corticosteroid dan sebagainya. Sesetengah ubat yang diambil boleh merendahkan kadar pembakaran kalori di dalam tubuh kita.
Ada juga yang secara tidak langsung mampu meningkatkan selera makan dan meningkatkan pengumpulan jumlah air di dalam tubuh.

6. Faktor emosi.
Emosi juga memainkan peranan. Bila emosi kita terganggu, biasanya keseluruhan hidup kita juga akan terganggu, ya kan?
Bila anda tertekan, marah, stress, boring dan sebagainya, ini secara langsung akan mempengaruhi kadar pemakanan anda.
Ramai orang yang sedang berada di dalam keadaan ini akan mengambil lebih makanan untuk cuba meredakan tekanan hidup, untuk menghilangkan stres mereka ketika itu.

7. Merokok.
Ya, yang nombor tujuh ni saya rasa sesuai untuk semua yang merokok. Boleh juga dikatakan berita gembira buat mereka semua.
Bukannya apa, sebab mengikut kajian, merokok ini dapat mengurangkan berat badan seseorang. Ini kerana nikotin yang terkandung di dalam rokok itu dapat meningkatkan lagi kadar pembakaran kalori di dalam tubuh.
Ha, sebab itulah kita selalu lihat ramai kawan-kawan kita yang berhenti merokok ni banyak selera makan. Sebab apa, ya? Ini kerana apabila mereka berhenti merokok, badan mereka akan membakar kalori dengan kadar yang lebih rendah, lebih lambat berbanding sebelumnya. Lemak-lemak pun lebih lambat untuk dibakar.
Kalau dulunya masa merokok, ada nikotin untuk meningkatkan pembakaran kalori, sekarang dah tak ada. Kalau dulu nikotin boleh tolong untuk jadi kurus, sekarang dah tak ada.
Jadi, sebab itulah mereka lebih gemuk selepas berhenti merokok, kerana mereka membakar nilai kalori lebih rendah setelah berhenti merokok.
Walau bagaimanapun bang, kak, dik, merokok merupakan salah satu tabiat yang amat berbahaya di dalam kesihatan dan kehidupan kita. Berhentilah merokok, kerana merokok itu lebih berbahaya jika dibandingkan dengan risiko penambahan berat badan,
Dengan merokok, anda akan meningkatkan kebarangkalian yang lebih berganda-ganda untuk mendapat pelbagai jenis penyakit dan kanser. Sebut apa sahaja kanser dan penyakit di dunia, hampir keseluruhan risikonya ada kaitan dengan merokok. Maka berhentilah merokok, memang tak mendatangkan apa-apa kebaikan kepada diri dan sekeliling.

8. Umur
Bila anda semakin berusia, anda akan mula kehilangan nilai dan kuantiti otot-otot anda, lebih-lebih lagi bagi mereka yang kurang aktif. Kekurangan otot-otot secara tidak langsung akan merendahkan kadar pembakaran kalori di dalam tubuh dan seterusnya meningkatkan lagi risiko penambahan berat badan.
Justeru, jika anda gagal untuk menurunkan nilai kalori yang ada di dalam tubuh anda, anda adalah lebih berisiko untuk mendapat kegemukan.

9. Mengandung (Hamil).
Mengandung juga mempengaruhi kadar kegemukan anda. Ketika wanita hamil, mereka memerlukan lebih tenaga dan kalori untuk turut sama diperolehi anak mereka di dalam kandungan.
Ramai wanita-wanita yang mengadu bahawa mereka sukar untuk mengembalikan berat badan mereka yang ideal selepas melahirkan anak.

10. Kurang tidur.
Ya, kurang tidur pun masalah. Banyak tidur masalah, kurang tidur pun ada masalah? Betul, apabila anda kurang tidur, anda turut mengalami risiko pertambahan berat badan.
Hormon yang dikeluarkan oleh tubuh semasa anda tidur akan mengawal kadar selera makan anda, juga akan mengawal kadar penggunaan tenaga yang ada di dalam tubuh anda.
Contohnya, hormon insulin akan mengawal kandungan gula di dalam tubuh anda ketika anda tidur. Justeru, apabila anda kurang mendapat tidur, jangan terkejut jika nilai kandungan tenaga dan gula yang ada di dalam tubuh anda berada hampir sama dengan penghidap penyakit diabetes.
Lagi? Ya, apabila anda mendapat kurang tidur secara berterusan, anda juga akan memiliki sejenis hormon yang tinggi di dalam badan yang dipanggil sebagai ghrelin. Hormon ghrelin ini merupakan hormon yang bertanggungjawab untuk meningkatkan kadar selera makan anda.
Pada masa yang sama, apabila kurang tidur, anda juga akan memiliki kandungan hormon leptin yang rendah di dalam tubuh. Hormon leptin ini bertanggungjawab untuk menahan selera makan anda.

JADI, sekarang semuanya ada pada diri anda. Anda yang berhak untuk menentukan berat anda. Kalau mahu terus dengan berat anda sekarang, maka kekalkanlah.
Bagi yang mahu berubah, maka berubahlah. Setiap daripada kita punya impian, ada harapan dan cita masing-masing. Moga semuanya akan tercapai.
Salam kesihatan!
credit to LangBuana (FB)
____________________________

Bagi saya, semuanya harus sederhana dalam hidup. Artikel ini jugak untuk diri saya yang boleh dikategorikan obes tahap satu. Dan memang banyak masalah kesihatan dan menjadi agak pemalas. Mungkin no 1, 2, 4, 6 dan 10 antara faktor yang mengaitkan dengan diri saya.
Family semua sedang-sedang je, saya seorang yang agak chubby. Entah kenapa berat badan cepat naik, mungkin metabolisme rate dan antibody yang low kott. Yang part exercise tu memang 90% betul. Hehe.. memang jarang L nak bersenam, dalam rumah bolehlah...
Sharing is caring :))

Putus di Twitter ?!

Assalamualaikum dan selamat malam semua..

Malam ni L nak share lagu. Tengok title kat atas, itulah tajuk lagu dari seorang penyanyi yang sedap jugak suaranya, Encik Mimpi. Saya dapat tahu lagu ni dari FB, teman-teman fesbuk yang rajin share. Bestt~~
Katanya :'Ini adalah lagu kesinambungan untuk lagu Cinta Muka Buku dari Najwa Latif. Setelah bosan dengan Muka Buku (Facebook), pasangan kekasih dlm lagu tersebut telah beralih ke Twitter dan akhirnya ...?? dengarkan saja. 
So, layannnn



Suara lunak merdu. Sesapa nak follow encik mimpi ni boleh le ke blogie dan fesbuknya :)

Oh.. rupanya encik mimpi ni dah feymes, saya je yang tak tau. Almaklumlah saya memang slow sikit dalam dunia webs ni. Ngengsss!!
Thanks to cik Isha Idiaz, teman fesbuk yang menge-post video yang coolio ni. Dia ni seorang freelance writer dan jugak ada tulis lagu yang dinyanyikan EM ni...



Okthanksbye ^^


Sunday, 9 October 2011

Pilihan *boleh ke memilih?*

Selamat malam allz..

Malam ni perut terasa sebu pulak. Alahai, hilang habis idam-mengidam tu semua. Lagipun bukannya boleh capai.
Okayy, entry kali ni L nak share pasal pilihan. Pilihan apa? Pilihan idaman hati. 
Siyesly, L memang seorang yang memilih tapi tak cerewet okayy. Kalau pergi shopping tak sah kalau tak habiskan masa sekurang-kurangnya sejam. Iyalah, nak memilih, menimbal, berfikir-patut-ke-tak-beli. Memang sifat perempuan begitukah? Kalau shopping barang dapur yang disenaraikan tak adalah sampai berjam-jam kat pasaraya. Tapi bila masuk part memilih kasut, pakaian dan ladies accesories je yang den lemah semangat. Alih-alih satu hape pon tak beli. Orang yang teman pun frust tertonggeng dan bengang. Heh!

Eh, entry kali ni bukan pasal shopping, pilih baju or fesyen tapi pasal pilihan hati atau lebih tepat idaman hati.
Ini entry pasal hati dan perasaan. Semua orang ada lelaki/perempuan idaman masing-masing kan, kalau tiada orang yang di'secret admire'kan pon, sure ada ciri-ciri pilihan idaman hati kannn...
Ciri-ciri lelaki pilihan hati :)
-sederhana dalam segala-galanya *taknak kaya sangat, ada la parsi yang menggesel nanti*
-tidak kacak tapi sejuk mata memandang *taknak lah hensem sangat, takut ada yang kebas*
-pandai ambil hati, tidak terlalu serius *boleh bergurau*
-layan adik-beradik perempuannya dengan baik
-pandai mengaji, boleh jadi imam *ilmu penuh di dada, dapat bimbing saya nanti*
-baik hati, dapat tahan sabar
-tahun naga+arnab *sebab orang tahun naga tiptop, arnab pulak sabar & dapat tahan* (tambahan)

Ini hanya ciri-ciri pilihan hati. Yang penting, dapat menerima diri ini seadanya. Jodoh pertemuan Allah yang tentukan. Rasanya lebih kurang je ciri-ciri lelaki idaman setiap wanita kann. Ke ada yang nak kahwin dengan bad boys?? Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Saling melengkapi pasangan masing-masing. Ceh, ayat macam orang berpengalaman pulakk~
Pstt.. saya kurang baik, so... so so je la

Kalau L sebagai lelaki pula, apakah ciri-ciri wanita idaman hati??
-jaga aurat, taat ibu bapa, pandai layan anak-anak kecil, tidak bekerja, mendengar kata.. lebih kurang macam my mom laa..

Tapi itu semua hanya idaman hati, ada ke lelaki/ perempuan macam tu lagi? Ada je sayang oii~
Tapi semua yang saya nyatakan hanya idaman/pilihan. Bolehkah saya memilih? Heh.. saya tak dapat menjawabnya. Erk, apsal rasa serius pulak masuk dalam hal ni eh??
Note : Saya muda lagi ye !!


9.10.11

Assalamualaikum dan selamat hari minggu semua.

Cantik kan tarikh hari ni, secantik cuaca hari ini. Cerah je di luar sana, awan pun cantik berarak. Mesti ramai memilih tarikh hari ini sebagai hari paling bermakna, tak kisahlah hari nikah ke walimatul uerus ke. Apapun selamat berbahagia. Kepada yang dilahirkan pada tarikh 9 Oktober, selamat menyambut ulangtahun kelahiran anda.
Hari ni, L stay kat rumah je *buat masa sekarang la*, tadi pergi ziarah orang sakit. Tak ada keluar atau lepak di mana-mana. My mood gone and my bajet outt~

Tadi mom pun ada sebut pasal tarikh hari ni, dan dia bertanya "ada sesapa kahwin ke hari ni?"
Saya jawab, "Sure ada, tarikh cantik ni."
Dalam family rasanya takde yang ada buat majlis hari ni.Hemmm..
Then saya saje bergurau, "L kahwin hari ni"
Mom diam, dan tiada suara yang lain kedengaran. Tapi, "malam ni bolehh je L, aku nikahkah kau dengan......."
 Erk, terdiam terus L. Boleh pulak mom bergurau berseloroh mengusik ni.. Hehe..
Ke mom memang tak sabar tengok L kahwin?? Oh no !! Takmungkinlah kan sebab hari tu dia dah cakap yang dia tak sanggup lagi lepaskan anaknya. Hrmm, mood berubah-ubah. L pon tak boleh nak kata apa.
Pasal kahwin-nikah ni malas nak fikir lagi. I'm still young *tapi bila jawab macam ni kan, ada la yang menyelit, "takkan tua baru nak kahwin??"
Haha..no komen. Kalau ada jodoh dan rezeki kuterima seadanya. Janji follow the flow. Saya nak berjaya dalam hidup dulu espeacially dalam kehidupan seharian, berjaya dalam bidang yang diceburi, businesslady yang rajin dan tiptop. Study balik segala-gala yang perlu dipelajari dan serap dalam kehidupan. Tak layak lagipon masuk bab tu. Tugas sebagai seorang anak pun lintang-pukang lagi, macamana nak jaga anak teruna orang??? Dah, stop the subject, melalut tak tentu pasai...just sharing okayy.
Tangan disilangkan, mata disepetkan. Stop thinkingg !!

Banyak lagi tarikh yang cantik akan datang -->
11.11.11.
20.11.2011.
13.12.11
hwaiting :) manalah tau kan ada orang masuk meminang..sungguh tak boleh blahh ~~
Tapi bulan December ni dah ada majlis besar dalam family. Dan mom nak sponsor kek kahwin *tak tau jadi ke tak*, so chaiyokk L. Pejam celik cepatnya masa berlalu :) dah semakin chubby pulak diriku ini. Heee~

Okayy, saya sendiri tak tau untuk apa entry ni. Tapi gatal jugak nak bukak blog then post~
Note : saya teringin nak makan McD dan tutti frutti, paling kurang pon pisang goreng panass.. Woww ! Mabeles~~

Friday, 7 October 2011

Boring ?? k-pop

Hai all..

Tengok title pon tahu kann. Siyesly L boring sekarang even dah boleh hadap komputer ni. Nak baca e-novel pun takde mood, kalau mood takde, citer yang best pon jadi biasa-biasa aje. Susah nak seru encik rajin datang, so, L bukak youtube cari video yang menarik. Hrmmmm..
Okayy, banyak betul kpop kat top favourited today punya. Apa lagi, bukak dan pauselah~
Semuanya video kpop. Heee~ Lama betul L tak layan kpop ni. So, mari kita menjelajah ke dunia tersebut.

Ni list video yang L bukak. Saya malas nak post video kat sini, bagi link je la ye~
MBLAQ -- ni lagu lama diorang, dah semakin hensem pulak.
2PM -- ni pun lagu lama jugak, masa diorang debut rasanya.
Beast -- ni lagu terbaru diorang rasanya. Yang ni L suka rappers diorang, terbaikk!
SHINee -- grup ni semua muda-muda lagi. Yang paling muda pun baya L je. Lagu tahun lepas rasanya :)
DBSK -- grup ni tinggal dua orang je, Max & U-know. Lagu terbaru jugakla..

okayy, ni semua boy grup yang L senaraikan. Diorang ada dream concert kat seoul nun. Rasanya kat M'sia ni ada buat sekali tapi saya tak tahu :( almaklumlah, lama tak layan benda alah ni. Tak update langsung !
Malas weih nak letak banyak-banyak. Yang gurl grup cari sendiri kat youtube, banyak je senarai kat recent video tepi tu. Noona yang L suka, IU -- comel kan minah ni :D baya L jugak dia ni dan artis yang banyak masuk earning melalui advertisement. Wowww!
Apa-apa pun layazz je lah..
Saya pun takleh layan sangat, sebab ada budak nak ambik alih komp ni. Haihh~ bilalah boleh dapat lappy sendiri eh??

Goodnite allz, esok start weekend. Yeahhh! Banyak tempat yang bermain dikepala. Bookfair !!!
L-note : nantikan D.i.y seterusnya. Malas nak edit potoss yang berlambak kat dalam dokumen. Hehe.. Malas lagii~

Mandi Wajib

Assalamualaikum dan jumu'ah mubaraka...

Dah dua hari tak masuk entry baru, penyakit M dah mula menyerang. Semalam saya begitu sibuk 'membaiki blog' ni. Alhamdulillah ada la sikit perubahannya, tapi still tak puas hati bila tengok macampanjang pulak blog inner background. Entah kenapa jadi macam tu.. hrmmm.

Tapi hari ni bukannya nak share or sutori pasal blog ni, tapi pasal mandi wajib/hadas besar ni.
Hari ni saya nak share sedikit bingkisan yang saya kopi & pasta dari FB. Semoga bingkisan ini dapat memberi manfaat buat semua.


Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah… 
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut,tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanah air kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.Untuk melakukan mandi wajib yang betul,seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya,ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah,Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),Ustaz Haji Mat Jais Kamos, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah,didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.
“Akibatnya,mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.Apabila mandi wajib tidak sah,ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul.” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.
Mandi wajib yang juga disebut sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam.Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara:

Pertama : Niat.
Kedua : Menghilangkan najis pada badan.
Ketiga : Meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”
Niat itu didalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.Bagi perempuan yang habis haid,niat mandi wajib ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas,niat mandi wajibnya ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah.Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya.Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan,niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke 2,iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan,menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan,najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib.Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.
Sementara rukun mandi wajib yang ke 3,iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir,meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan,sama ada bulu2 yang jarang atau lebat.Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul,sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka.Bulu2 dalam lubang hidung pula,tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin.Tetapi sekiranya,bulu2 di dalam hidung itu bernajis,ia wajiblah dibasuh.
Mengenai kuku pula,jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku,kotoran itu wajiblah dibuang.Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai,inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai,mandi wajib seseorang itu tidak sah.Oleh itu,seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai,jika dia hendak mandi wajib,dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu.Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana? Inilah yang rumitnya,sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.
Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai.Inai sebenarnya akan meresap ke rambut,tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini,jangan pula ada yang salah faham.Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis,bukanlah bermaksud menjadi tidak sah.Dalam hal ini,sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza.Jadi,mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.Dalam hal ini juga,sukalah saya menyatakan,huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib.Jadi,ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula,Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani,keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja,iaitu keluar darah haid,nifas dan melahirkan anak(wiladah).

Mandi wajib boleh dilakukan dimana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga,air paip,sungai laut dan tasik.Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula,mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh,tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.
Selepas bersetubuh pula,jika ia dilakukan pada waktu malam,jika tidak mahu mandi wajib lagi, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat,manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Rasulullah S.A.W Bersabda : " Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat, Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafaat kepada manusia lain." [Hadith Riwayat Muslim].

‎*Sesiapa yg nak share silakan. Tak perlu mintak izin dah sebab mmg sy nak share dgn semua Sahabat pun.


okthanksbye~~

Wednesday, 5 October 2011

Wordless Wednesday # Dinner today :)

siyes sedap hingga menjilat jari :)
sorry, picas tak menarik langsung.
mood : lapar okayy
okthanksbye

Tuesday, 4 October 2011

D.I.Y ~ waffle :)

Assalamualaikum uolls..

Hari ni, L busy sedikit. Almaklumlah semalam tido pukul 2 pagi. Hehe..
Semalam L jadi stalker kejap, jalan-jalan cuci mata kat blogers. Mula-mula nak tidur awal dan memang dah krohhh atas kerusi kat tingkat bawah ni, gara-gara tunggu kerja sikit lagi. Then mom tinggal komputer terbukak sebab scan virus. Apalagi, terus terbukak mata saya dan hadap blog. Sibuk mengedit background dan buat header. Rasa macam kureng sikit dengan picas for background tu.. Hrmmm.. nanti-nantilah edit balik, sibuk sekarang ni.

Oklah, malas nak sutori panjang pasal malam or kerja hari ni. Tapi L nak share satu resepi yang senang, mudah dan mabeles ni. Waffle yang menjadi kegemaran saya sendiri. Baru je buat petang tadi dan my family pon suka. Makan dengan eskrem, yummylicious!!
Mudah je buatnya, so, InsyaAllah L akan selalu buat. Syokkk !!

Sesape yang ada 'mesin' ni silalah try resepi ni, tu pun kalau hingin laa~
Teruja oh buat waffle ni sampai bantai 3 adunan sekali gus yawww !

WAFFLE
Resepi Asal: FP Hajar (Butter Pancake)
Diubahsuai : Ummi @ Home Sweet Home
Thanks coz sudi share resepi ye :)

Bahan:-
3 sudu besar butter-dicairkan
1 biji telur
1 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula
1 cawan susu segar
1 sudu besar jus lemon - kalau tak letak pun takpe
secubit garam

Cara Membuat:- (L dah ejas sendiri)
Campurkan semua bahan, guna blender...blend sebati ( L putar telur dulu then campak semua bahan, pukul sampai sebati pakai mixer)
Rehatkan adunan selama 10 minit**
Tuangkan adunan dalam waffle maker yang telah panas.
Balikkan adunan bila nampak permukaan dibawah sudah kekuningan. (depends pembakar waffle masing2 ye)
Biarkan seketika, bolehlah diangkat.
Sapu dengan mentega atau apa2 inti mengikut citarasa anda. (L makan macam tu je, cuma letak eskrem kat atas.

Selamat mencuba :)

Sunday, 2 October 2011

Todays outing--Takoyaki ^^

Assalamualaikum dan happy sunday~~

Alhamdulillah hari ni dapat keluar, rasanya dah lama tak keluar rileks dan lepak ni. Hari ni kami sekeluarga keluar 'dating' kat One Utama. Serius best, mula-mula rasa macam boring je, sebabnya saya nak cari novel kalau boleh. Tapi apakan daya, mom dad nak ke Jusco OU, so sebagai seorang anak, mestilah patuh dan ikut kann. Tapi berbaloi~

Sebabkan ni first time kami ke Jusco Ou ni, rasa tak pernah pun jejaki ke sana selama tinggal kat Selangor ni. Mula jejak kaki atas lantai tu, rasa awkward jugakla, sebab baru kot~ dan berpusu-pusu manusia sibuk membeli-belah. Maybe sebab ada discount on Jcard, day apa entah, sekejap je teempohnya. All items cut 15% for members Jcard. Siapa tak seronok enn kalau dapat diskaun sebegitu. L berjalan dan berjalan tanpa tujuan. Entah. Tak au nak cari apa.
Then nampak Popular, apa lagi, terus bagitau mom nak ke sana. Popular pon ada diskaun jugak, tapi several item je laa~ also for Popular card member, lagi banyak la potongannya. Hrmm, rasa tawar hati pulak nak beli novel ni, sebenarnya duit tu lagi penting nak beli benda lain. Hehe..

Dah puas mengambil-membelek-membaca blurb novel, L pun masuk balik ke Jusco dan terus ke tempat laptop, saja mengusha. Nampak Man duk syok tengok movie apa entah, nampak iPad dan galaxy tab, heee~
Tanpa membuang masa L terus turun ke tingkat bawah, bahagian pakaian. Apa lagi, window shopping le..
Ada baju yang L berkenan tapi nantilah dulu, hwaiting my money up sikit. Lagipun fitting room tersangatlah penuh, malas nak tunggu okayy.
Dah penat mengusha ladies thing ni, L turun tingkat bawah lagi. My tummy dah berbunyi. Sampai je level bawah, Ya Allah.. ramainya orang. L terus ke La Boheme, pilih-pilih roti dan nampak dad duduk kat bangku tepi eskulator, terus je L melangkah ke sana. Share roti yang L beli.
Man sampai dan tanya tak nak try other foods ke? Saya angkat kening je. Takkan nak makan pretzel Auntie Anne's je kott~ okayy, nampak makanan jepun yang menggiurkan. Rasa nak je makan Japanese Crepe, nampak sungguh mengancam, tapii saya meragui kesuciannya *ceh~ayat tak boleh blah* takut tak halal je. So, biar je lah. Ambik keputusan membeli takoyaki kat sebelah, yang ni L rasa selamat nak membeli sebab cefnya orang melayu kita. So, mintak Man orders. Berbaloi habis 5hengget dengan 3 bebola yang sedapp.

Lepas tu L promote dekat mom, so mom pi beli pulak dua kotak. Tapi benda sebab tak biasa dengan tekak kitorang, boleh telan sampai dua bijik je, lepas tu rasa muak. Tetap nak beli lagi Tako ni nanti. Next destination, IOI mall maybe. Hehe.. Inilah bila selera naik mencanak, semua benda nak rasa.

Sebab nak jugak rasa crepes tu, L search la dengan pakcik Google, nak tau pasal crepe tu. Then, OMG~~ rasa menyesal tak beli. Heh.. Halal dan selamat dimakan beb~~ then L tengok store locationnya, oh tidak~ semuanya jauh. Kat Pavi, Time Square, dan Jusco OU. Hoho.. i hope dapat jumpa dekat IOI Mall nanti.

Sambung balik sutori dekat Jusco ye..
Lepas dah kenyang tu, Alhamdulillah.. Man datang sengan sejibik headphone kat tangan dan dengan girangnya dia berkata beli dengan 5hengget je~ wahhh, murohnyo. Apalagi, saya terus seret dia ke kedai tersebut. Semua barang 5hengget okayy~ siapa tak eksaited. Dan japanese things jugak. My favie lol.L beli sebiji giftbox dan bekas for accesories/beads.



Kalau ikutkan nafsu, nak je borong macam-macam kat situ. Dan dan jugak, L search kat rumah..mana store location yang lain.^__^ happy gilerr dowh sebabnya ada satu kat IOI jugak. Momdad, jom pergi menjelajah IOI pulak !! tapi money opcos la L kena cari dulu kann~

oklah, sampai sini my sutori for this weekend...
to my beloved dongsengs (Man+Jae), selamat menduduki peperiksaan ye, do ur best for PMR :) and tak lupa to all PMR candidates, moga maju jaya !!

Saturday, 1 October 2011

1st October : Finally yeahhh!!

Assalamualaikum dan happy weekend uolls

Selamat tinggal September dan selamat datang October.. hope bulan 10 ni better than other month, insyaAllah..
Finally.. fuhhh~ alhamdulillah, my kek kawen dah siapp!! Eksaited gilerr dowh~~




5 jam duk godek kek ni.. alhamdulillah, puas jugak hati walaupun ada yang cacat.. yelaa~ 1st time buat.. dan dah lama tak bermain dengan buttercream ni :)


cantikkan bunga pink tu .. mana tak cantik sayang oii.. bunga yang dah siap kat kedai bakeri :D
saya nak buat bunga ??.. erk, merosakkan kek le nanti.. hehe.. insyaAllah, will practise.. chaiyokk L !!

hope sisA berpuas hati dengan kek ni.. mahal harganya.. almaklumlah pakai kek yang sedapp, bukannya sponge cake yang biasa tu.. adalah dalam 250hengget ni .. dahlah berat~~
need to upgrade lagi kayy~ biar pandai buat bunga sendiri.. mom kata bolehlah ambik sebulan sekali kann~
ngee, i'm smile dan cakap seminggu sekali bolehhh~ jangan tamakk L, mulut memang senang berkata-kata.. buatnye entah ke mana lagi.. buat yang ni pon dah ambik masa 5 jam.. sepatutnya 2 jam je.. heh
kang kerja tinggal macam tu je.. hehe, malam ni masuk opis pulakk~~ hope tak mengantuk la ye..
alhamdulillah, perut dah okayy.. tak meragam dah..
hari ni stay kat rumah je.. hope esok boleh keluar.. window shopping ke.. wink2~~

oklahh, panjang pulak saya membebel..  have a nice day and mabeles weekend.. start ur days with smile :)

Friday, 30 September 2011

Kawen :)

wahh.. see the title. kecoh tak? kawen?
saya lambat lagi ye ke arah itu. eja pon tak betul lagi. tapi saya tengah risau dengan satu projek yang berkaitan dengan perkataan itu~
kek kawen?? omg~~ tak pernah lagi buat untuk orang kay. so, this is my first time le..
hope dapat buat yang simpel tapi mabeles *hancus ayat* 
simple yang ni kan.. style!! lurve it~
wow.. tabik la sape yang hias sebegini rupa...heee
'thanks to pakcik google ye.. all picas credit to owner'

 yang ni lagi grand you... dah blink2 mata ai :D

______________________________
kalau layan gambar, memang tak sudah le. banyak kan kek yang comel, lawa lagi mabeles boleh jumpa kat internet ni.. 
dah lama tangan ni tak mendeko, keras le jawabnya.. janganlah perut meragam lagi.. 
mula2 nak buat yang fondant.. vogue gitu tapii..
saya tak biasa pulak 'bermain' dengannya.. sekali je buat dulu, itupun kat baking centre kay.. masuk kelas..

so, mom decide nak buat steam buttercream, nampak macam fondant jugak.. 
smooth gitu.. tapiii.. mom dah test tadi.. tak menjadi.. so... buttercream le last choice, dan sayalah tukang menggodeknya.. ngeee~
lepas tengok gambar kat pakcik google, belek buku deko kek, teringat kenangan lama.. ting!! L rasa nak buat balik la deko-keras-tangan-kek ni.. ekceli jeles tengok kek yang cun tu*
lagipun, kesian mak ayah yang berpenat lelah, habiskan duit untuk kelas2 yang saya hadiri dulu.. start 2 tahun yang lalu kay, macam2 kelas saya masuk.. kalau kira dah lebih 1k agaknya.. 
lagipun ni kan musim kawen, apa salahnya tambah pendapatan kan kan~

ingat nak buat bunga sendiri tapi tak confident le.. but will try tomorrow, dah lama tak buat ros ni..
kalau tak jadi, letak je bunga kat depan rumah..hehe, kidding..
susun je bunga sugar paste yang dah siap.. kat kedai baking berlambak~~
sisA mintak 2 tiers.. hrmmm... still imagine macamana la rupa kek tu nanti ye..
mintak2 secantik ini...heee

wish me luck okayy~

 design ni untuk saya kawen nanti
berangan je lebih L ni.. 
atau yang ni.. hehe..
i lurve cupcake :)
for surelah nak buat sendiri kann.. 
dah.. merepek meraban pulok L ni, kek kawen idaman ni citer len kali yerp... sampai sini je la.. dah penat membebel.. gambar pon banyak dah tempek kat sini.. 
nanti saya upload gambar kek bila dah siap ye.. heeee~

okthanksbye~